Apr 11, 2011

Analogi Sebatang Pokok...

Belajarlah daripada kesabaran sebatang pokok.Pohon yang besar mampu menahan ribut dan taufan kerana ia mempunyai batang yang kukuh dan kuat.
   Bermula dari benih yang kecil, ia tumbuh menjadi pohon yang besar dan semakin kuat akarnya.Sebelum menjadi sebatang pohon yang kuat, ia belajar menahan teriknya matahari, kuatnya angin, dinginya hujan dan gangguan daripada manusia juga haiwan.
   Setelah melalui semua itulah, daripada sebiji benih yang tidak terlihat, menjadi tunas yang bercambah dan akhirnya bertukar menjadi pohon yang besar.
  Mari kita jadi manusia yang tidak kalah dengan keadaan dan suasana.Seperti ikan dilautan masin, meskipun sekitarnya masin namun dagingnya tetap tawar....

No comments:

Post a Comment