Apr 7, 2011

بسم الله الرحمن الرحيم 
~Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang...~
Dengan lafaz kalimah suci ALLAH, aku membuka lembaran bait-bait luahanku dengan memuji-muji kalimah yang cukup bernilai di muka bumi ALLAH...kalimah yang paling bernilai dan tiada tandingannya dengan memuji butir-butir mutiara yang dapat memberikan sejuta ketenangan dalam diri ini...betapa syukurnya diri ini kerana dilahirkan di dunia yang sementara ini, dunia yang mengajar aku erti kehidupan dalam menuju kearah kedewasaan diri...dunia yang mengajar aku erti hidup berdikari demi mencapai kejayaan dan impian...betapa hebatnya kebesaran dan kurniaan yang diberi oleh mu kepada insan yang bergelar manusia.
  Betapa besarnya rahmat yang diberikan oleh mu kepada aku.Aku bersyukur sangat-sangat dengan apa yang aku perolehi....terasa bertuahnya diri ini...apa yang aku impikan dapat aku perolehi dengan hasil kejayaanku.Dengan kesabaran dan ketulusan diri, insyaallah akan mendapat balasan yang tidak di sangka-sangka...betapa hebatnya anugerah yang diberikan oleh mu kepada orang yang sabar dan menerimanya dengan redha.
  • Aku besyukur sangat-sangat dengan dikurniakan insan-insan yang begitu berharga buatku.insan-insan yang memberi ku berjuta-juta sinaran kepadaku...insan-insan yang menyayangiku tanpa rasa jemu.first sekali Insan-insan yang aku maksudkan ialah mak dan ayah.Mereka tanpa rasa penat dan letih memerah keringat untuk membesarkan aku...banyak yang mereka korbankan untuk aku demi melihat aku berjaya seperti mana orang lain berjaya....betapa besarnya pengorbanan yang mak dan ayah telah lakukan untuk aku.
      Sejak akhir-akhit ini, aku melihat kegembiraan terpancar di wajah mak dan ayah apabila mengetahui aku dapat tawaran masuk kuin.Aku gembira n bersyukur hingga tidak terkata..Akhirnya, dapat juga aku melangkah kaki ke kuin...dapat juga aku merasai bagaimana jadi pelajar u..Hati aku senang sangat-sangat bila tengok mak dan ayah gembira...tiada yang lebih gembira bagi aku melainkan melihat orang yang aku cinta dan sayang melebihi nyawaku gembira.Aku sangup korbankan impian aku demi harapan dan pengorbanan mak dan ayah...terima kasih yang tidak ternilai buat mak dan ayah yang dicintai...<3<3<3
  • Second...insan-insan yang menyayangiku ialah sahabat sejatiku..sentiasa memberi nasihat dan semangat untuk aku terus melangkah dan melangkah ke arah yang lebih cemerlang lagi...insan-insan ini tanpa rasa jemu memberi aku butir-butir kalimah yang begitu bermakna membuatkan diri ini terasa begitu berharga dan terus berjuang mencari kejayaan.Sahabat yang amat aku kasihi,sentiasa di sampingku ketika suka atau duka memburu impian...susah senang kau di samping ku...bertuahnya aku mendapat teman seperti mu....    Buat sahabat yang aku kasihi, aku beruntung sangat-sangat kerana dapat teman yang begitu memahami diri ini...walaupun kini, kita tidak dimata tetapi engkau tetap di hatiku selamanya sahabatku...Terima kasih sahabatku<3<3<3
Hidup aku betul-betul bahagia dengan hadirnya insan-insan diatas....hanya insan-insan ini sahaja mampu memberi sejuta nafas yang tidak terhingga buat aku....
"Nikmatilah kebahagiaan mu dalam hidup ini dengan semangat..biarkan pancaindera-pancainderamu menikmati bunga-bunga yang mekar dihadapanmu...=)

No comments:

Post a Comment