Apr 11, 2011

Setelah gelap Terbitlah cerah...

   Maha suci ALLAH yang memberikan kemudahan di sebalik setiap kesulitan.Tidak ada yang mustahil di dunia ini.Seberat dan sesulit apapun rintangan yang mengadang, pasti ada jalan dan kemudahan di hadapan setiap ujian.Hujan yang turun pasti berhenti.Badai yang datang menerpa pasti akan berlalu.Begitu juga dengan gelapnya malam, pasti akan diganti dengan cerahnya siang.
   Walaupun berkali-kali terjatuh dan berhadapan dengan kegagalan, tetaplah berpegang teguh dengan janji-janji ALLAH, bahawa pasti ada jalan keluar di sebalik setiap ujian yang datang.ALLAH sentiasa memberikan pertolongan kepada setiap hamba yang memohon kepada-NYA..
      ALLAH S.W.T telah berfirman yang bermaksud:
              "Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat ALLAH.Sesungguhnya tidaklah orang yang berputus asa daripada rahmat ALLAH, melainkan orang kafir."(Surah Yusuf 12:87)
    Sebagai seorang mukmin, sudah semestinya kita kembalikan semua kesulitan dan kemudahan kepada ALLAH S.W.T. Apabila kita mengembalikan urusan kepada ALLAH, maka hati dan fikiran kita akan kembali jernih.Bukankah sesuatu yang datangnya daripada ALLAH akan kembali semula kepada pencipta-Nya???Bahkan setiap ujian yang ALLAH berikan kepada hamba-hamba-Nya juga telah diukur mengikut tahap kemampuan setiap hamba-Nya.Maka setelah berusaha dengab sekuat tenaga, hanya kepada-Nya kita kembalikan segala kudrat dan kekuatan serta bertawakal...

No comments:

Post a Comment