May 13, 2011

kita & masalah

Bissmillahirrahmanirrahim.....


Kehidupan tidak seperti yang kita rancang..semua itu juga bukanlah kehendak kita..tetapi kehendak yang maha esa kerana mahu menguji tahap kesabaran dan keiman seseorang hambanya.Setiap orang mempunyai masalah sendiri.begitu juga dengan aku.Walaupun segembira mana pun seseorang manusia itu, dia tetap mempunyai masalah.setiap orang juga tidak boleh lari dari masalah..sejauh mana pun ia berlari,masalah tetap ada dalam diri seseorang itu..

Apabila kita ada masalah, kita selalu rasa masalah kita itulah yang paling besar di dunia dan kita akan mencari-cari orang untuk berkongsi beban masalah kita itu (untuk wanita) atau lari dari dunia untuk mencari jawapan yang tak kunjung tiba (untuk lelaki).
Terkadang tanpa disedari bahawa kita seakan kecewa dan terus kecewa dengan keadaan di sekeliling kita. Walaupun ada sebahagian manusia lain cuba membantu kita, pada kadar sewajarnya, namun kita melihat usaha kecil tak seberapa itu, menjadikan kita tak bersyukur.
Begitulah kita, di saat kita bermasalah, kita mahu manusia mendengar dan membantu kita,regardless bagaimana keadaan orang lain itu.
Sedangkan, Allah memberi pertolongan terbaik dan tepat untuk kita.
Samada orang membantu ataupun tidak.
Kerana itu, pertolongan berbentuk manusia itu merupakan hadiah dariNya, merupakan bantuan dariNya.
Sedangkan sebenar-benar bantuan dari Allah.
Sejauh mana kita mahu manusia membantu dan menolong kita, tentu itu tidak pernah cukup dan mampu membantu kehidupan kita.
Jika kita selalu rasa tak cukup, selalu rasa tak dipedulikan dan rasa tak dibantu sedangkan ramai manusia sekelilingmu mahu membantumu dalam kesibukan diri mereka masing-masing, manusia hebat macam manapun , tentu takkan dapat memuaskan hati kami.
Kerana kita ini manusia.
Makhluk Allah. ciptaan Allah.
Bila ada swithc rosak, engine rosak, whatever is wrong with us.. Pencipta sahaja kan dapat membantu kita.
Tapi betullah, bila kita ada maslah, kita nak sangat orang tolong dan dengar masalah kita, tapi bila orang lain ada  masalah, adakah mampu kita membuat yang terbaik untuk orang itu?
  • Sekadar renungan untuk diri....

NazieQa

1 comment:

  1. salam saudari, sy ska bca2 blog org..kalau x kesah, dpt x guna font besar sikit..sorry, kalau x ska sy tgur. sy bca ni utk ilmu.. :). salam ukhuwah.

    ReplyDelete