Sep 13, 2011

Andai Masih Ada Rindu....


~Seringkali hati ini merasakan betapa perit nya nak lalui apa yang dirasakan seorang diri.Kadang-kadang diri ini tidak mampu untuk bertahan.Rasa mahu menjerit dan ingin menyendiri diri keseorangan di dunia yang gelap yang tiada orang.Tetapi semua nya hanya fantasi semata-mata.Bayangkan betapa hebatnya nya dugaan dan ujian yang allah berikan kepada diri ini.Aku hanya mampu bertahan dan kuat walaupun pada dasarnya aku tidak mampu untuk melakukan semua itu...walaupun pada riak muka nampak ja ceria, gembira tetapi pada dasar hati siapa yang tahu walaupun kawan sendiri...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`^_^`~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dan hati ini tidak mampu menidakkan rasa cinta,
Cinta yang semakin mendalami diri dan jiwa,
Ku tak bisa memejamkan rasa,
Saat ia nyata makin membara,
Membelah setiap pancaindera dan deria,
Hingga aku lemas dalam kemelutnya.
Tuhan..
Andai penantian ini ada jawapannya,
Pujuklah hati ini untuk setia dijalan yang KAU redha,
Hadirkan ketenangan agar tidak terkandas dalam kabus cinta,
Berikan pedoman agar rindu itu berpada-pada,
Iringilah Maluku berserta iman di dada,
Agar rasa kasih ini tidak mencalarkan maruah diri yang dijaga.
Tapi jika qada' dan qadar itu mengatakan sebaliknya,
Kurniai aku kekuatan untuk melaluinya,
Palingkanlah cinta ini untuk yang selayaknya,
Kerana aku insan yang tiada daya,
Maka bantulah aku melupakannya,
Jika itu takdirNYA..
Allah..
Andai masih ada rindu,
Kupohon hilangkanlah ia dari hatiku,
Kerana ketidakpastian itu mengganggu,
Perasaan ini mengecewakan insan yang menunggu,
Aku tidak rela terusan terbelenggu,
Dalam pencarian permata berharga milikMU..
Ameen.

No comments:

Post a Comment