Oct 26, 2011

Mencari Tulang Rusuk..

~Suatu hari aku bersama seorang sahabat sedang rancak bersembang...Dalam keadaan rancak bersembang, aku berkata kepada sahabat aku itu, "Agak-agak awaklah, macam mana lah bentuk tulang rusuk??"...Tetiba ja soalan itu yang terkeluar dari mulutku..Sahabat aku dengan selamber nya menjawab.."Balik ni kita pakat search dalam internet tengok..ana pun tak tahu juga macam mana bentuknya.."
Dan malam ini baru aku berkesempatan untuk mencari dalam internet bagaimana bentuk tulang rusuk...Cari punya cari...terjumpalah bentuk tulang rusuk yang aku nak tengok sangat tu..

Ni lah bentuk tulang rusuk...

WANITA DIBUAT DARI TULANG RUSUK LELAKI...DIA TIDAK DICIPTA DARI KEPALANYA UNTUK MENGUASAI LELAKI...DIA TIDAK DICIPTA DARI KAKINYA UNTUK DIPIJAK OLEH LELAKI...DIA DICIPTA DARI RUSUKNYA SUPAYA SENTIASA DEKAT KEPADANYA...DICIPTA DARI BAWAH LENGANNYA UNTUK DILINDUNGI OLEHNYA DAN...BERDEKATAN HATINYA UNTUK DISAYANGINYA....
Tiba-tiba teringat yang orang cakap yang wanita dijadikan dari tulang rusuk Adam...dan penderma tulang rusuk itulah yang akan jadi pasangan kita di dunia...Dalam hati ini penuh dengan tanda tanya dan ingin mengetahui siapalah hamba yang baik hati untuk menderma tulang rusuknya untuk ku ini...Hihihi..Agak kelakar soalan yang menerjah ke dalam pemikiran ku sekarang..Mungkinkah aku akan temuinya di dunia ataupun di sana nanti??? semua persoalan yang berada di pemikiranku sekarang.Sesungguhnya itulah rahsia yang tersembunyi dan hanya Allah yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya....Aku hanya mampu bersabar menanti dan mempersiapakan diriku untuk menjadi yang terbaik..


Tulang rusuk ADAM yang hilang biarlah dia yang mencarinya sendiri...
HAWA pula, tunggulah & bersabarlah, tidak perlu kamu mencari ADAM.
kerana kamu tetap tulang rusuknya yang hilang.
Dia akan datang mencarimu dan mengambilmu suatu hari nanti..
Apa yang boleh kamu usahakan HAWA ialah berdoa agar ADAM yang datang itu adalah ADAM yang beragama, beramal & punya akhlak yang baik.
Dengan kata lain yang dapat membimbing kamu ke jalan yang lurus untuk le syurga..

No comments:

Post a Comment