Oct 23, 2011

Semburan Kebahagiaan...


~Tiada apa yang dapat mengembirakan hatiku selain daripada melihat orang-orang yang aku sayangi iaitu Keluargaku dan sahabat-sahabatku bahagia...Hati ini senang sekali melihat kegembiraan mereka semua walaupun hatiku yang terluka...Asalkan dengan melihat senyuman dan kegembiraan yang terukir di riak wajah mereka, sudah cukup membuatkan aku mampu tersenyum dan merasa bahagia dengan hidup ini..

Betapa rindunya aku kepada kawan-kawan di zaman persekolahan yang seringkali membuatkan aku ingin memutarkan kembali waktu-waktu yang kian aku membesar di alam remaja mengenal erti kedewasaan dan persahabatan..Betapa aku merindui detik-detik bersama mereka setiap masa dan langkah, demi mengutip ilmu untuk mencapai kejayaan..Teringat sejenak aku kepada guru-guru yang bersusah-payah memberikan mutiara-mutiara kepada kami dahulu demi melihat kejayaan kami semua...Butir-butir mutiara mereka seringkali terngiang-ngiang di kelopak alat pendengaran ini.Terima kasih kerana mendidik kami semua menjadi insan yang berguna dan tidak jemu-jemu memberikan kami semangat dan azam untuk melangkah...dan terus melangkah...Jasa dan bantuan titik pengajaran kamu semua tak mampu kami balas kerana ianya terlalu...terlalu dan terlalu berharga dan bermakna..Kerinduaan kepada mereka semua sentiasa terdetik di hati dan membuatkan aku ingin berputar ke alam persekolahan...

Tetapi apa kan daya, masa yang berlalu tidak boleh di putar kembali.Ianya menjadi memori suka dan duka.Kini..semua nya membawa haluan masing-masing berjuang demi  mencari kejayaan hidup.Gembira dan bahagia hati ini mendengar perkhabaran dan kejayaan kawan-kawanku semasa di alam persekolahan..Ternyata semuanya hebat-hebat belaka.Aku bangga dengan kalian semua.Aku sentiasa mendoakan semua kawan-kawan,Sahabat seperjuanganku agar berjaya dalam hidup dan menjadi insan yang berguna penuh dengan ilmu pengetahuan yang dapat mentarbiahkannya kepada ummat islam...


Sahabat...dirimu ibarat semburan wangian dalam hidupku semua..dirimu ibarat kegembiraan yang sentiasa membawa sinarnya...dirimu tidak dapat dicari ganti kerana di dunia ini sahabat tetap sahabat sampai bila-bila...Sahabat...Aku bangga mempunyai sahabat seperti kamu semua...Teruslah mara dan berjuang memcari kejayaan dalam hidup kalian...Dan ingatlah..."ukhuwah kita kerana-NYA..teruskan perjuangan.."

No comments:

Post a Comment