Feb 26, 2011

~Perasaan cInta~

Perasaana cinta merupakan satu anugerah ALLAH yang tidak ternilai harganya..ia merupakan satu fitrah dalam kehidupan..Dikurniakannya kepada setaip hambanya supaya saling mengasihi..saling menyayangi..dan saling melengkapi antara satu sama lain..
Namun,manusia sememangnya alpa..Bahawasanya perasaan itu dikurniakan oleh ALLAH supaya kita mencintainya, TUHAN yang mencintakan kita segenap isi di muka bumi yang barakhah ini melebihi segalanya...
Tapi..begitulah kita..sombong..lupa diri..lupa yang maha esa...Lupakah kita kepada kurniaan ALLAH ini,maka tiadalah perasaan yang suci ini dalam hati kita???lupakah kita???Atau sengaja kita belagak sombong???Betapa tidak ALLAH murka, apabila dia pemberi cinta dilupakan begitu saja..layakkah dia
dilupakan???sebaliknya kita lebih mencintai hamba-hambanya,harta,pangkat dan kedudukan.....Betapa hinanya kita ini???

Feb 24, 2011

~Kasihnya Seorang Isteri~


glitter-graphics.com

Summary:Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap
lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa
pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan
segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di diarinya. Dan Zakri dapati
setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa...

Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nya tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri.

"Apelah awak ini....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. ini mesti ada benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa lah tu" rungut Zakri pada Nisa. Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu.

Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya.
Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang
memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari
(Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut
kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh
panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi.

Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ..."Come on Nisa u can do it...once
more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan
sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor
Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.


Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan
keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl,
putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a
twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri.

Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak.
Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran
anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa
berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya
sebentar tadi.

Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa
tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan
dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania
diletakkan dinursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah
Nisa menyusukan Danial dan Dania.

Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang
tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa. Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal sama ada Nisa
mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan
kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan
selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.

Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila
mengandung tapi sebaliknya pula yang terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa
dapat memberi zuriat kepada Zakri.

Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa.
"Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka
berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. kenapa Bang?"soal Nisa
pada Zakri .

"Kaulah penyebabnya. Tak payah nak tunjuk baik pula" Zakri menempelak Nisa
"Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi.
"abang syak Nisa dengan lelaki lain ke? Kenapa abang syak yang bukan-bukan, Nisakan
isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat dengan orang lain pulak
Bang"? terang Nisa pada Zakri.

 "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap macam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak
tahu sahaja.

Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada
Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah.
"Woi, benda-benda tu boleh terjadilah Nisa, kawan baik dengan bini sendiri,
suami sendiri, bapak dengan anak, hah emak dengan menantu pun boleh jadi tau
apatah lagi macam kau ini, tau tak.

Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis dengan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu"marah Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh ....heee
teruk. Nasib aku lah dapat bini macam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa.

"Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan
perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis
macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya tak tau
asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak
kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa
pada Zakri.

"Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah
tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap
Nisa sambil menangis.

Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya
apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja.
Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut
shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30
malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu
perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan
mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian
kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi.

Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi
kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas.
Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa.
Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa,
perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah.

Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit
pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan
cakap perangai Nisa macam firaun lah, perempuan tak sedar dirilah, tak
layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.
Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi
pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka
tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah
melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa
masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya.

Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan
menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan
menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang
ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang.

Emak Nisa dah seminggu pergi ke sanauntuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh
ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut.

Masa inilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita
kahwin mereka bekerja keras kan"kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang
berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut
pula hujan nanti"desak Nisa lagi.

Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ke,suka hati aku lah nak pergi malam ke siang ke tak pergi langsung ke"marah Zakri.

"Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi,
Nisa cuma nak ingatkan Abang saja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada
Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding.
Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas
kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya."YA ALLAH
kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya
YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding
dan menangis.

Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas
masih lagi dan membengkak.. .berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa
membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.
Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa pula ini sebok
saja...."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah
sebuah cafe.

"Hoi, Encik Zakri, bini anda kat wad tak pergi jengok ke, apa
punya laki anda ini? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri.

"Alah, dia sihat saja kat wad tu, makan tanggung berak cangkung,
ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri.

"Senangnya hidup Zakri ini tak ada risau langsung pasal bini dia"cetus
hati Azlan.

"Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah
dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk
semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau,cuba
fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri.

"Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah
berehat lah, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba.

"Suka hati kau lah, tapi kalau ada apa-apa nanti kau jangan menyesal
Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi.

Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab
Zakri.

"Hello Zakri, Doktor Johari sini, ada masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang
segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ ."panggilan
kecemasan dari Doktor Johari

"Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I datang"...tuttttttt. Zakri
menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari.

"Lan. Kau ikut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan.
"Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri.
"Alah jom lah cepat" desak Zakri.

"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak
yang serius, sebelum ini pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause
sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin
kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri.
Zakri hanya mendiamkan diri.

Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit
kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan
Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta
simpati...tetapi sebaliknya..

...Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil...

"Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu
Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat
katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya
dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang
kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di
operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan
tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri.ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.

Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap
lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa
pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan
segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di diarinya. Dan Zakri dapati
setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa...

"YA ALLAH Kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca
tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran
diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering...membuat
Zakri tertarik untuk membacanya.. .


Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... 

"SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"
    
   Abang, Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada
Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga
inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar
menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa.
Abang tak pernah tahu kan... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya
Nisa..

Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti
kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila
Abang panggil Nisa macam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu
seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang
dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa?

Abang...mukasurat ini khas untuk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya
Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari ini hari ulangtahun perkahwinan kita
yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa
tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih
sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian
untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.

Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan
sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah
hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang.
Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah
mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa
melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang
seorang.

Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma
menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah
Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin.

Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malangkerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan
dari darah daging Nisa...tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih
sayang sepenuhnya dari keluarga ini.

Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya
seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama.

Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak
Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama
emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang
terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar
kita.

Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata
orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah
Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan
Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati
walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.

Wassalam.

Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa.
Ikhlas dari
Nur Nisa


"Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada
Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa
maafkan abang Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping
gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri
mengambilnya.

Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT
NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN.
SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.

Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh
tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap
perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap
perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini
jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa.

Sewaktu jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak
terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa.
Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam
pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka
Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir
seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri.

"Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi
ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar
seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh
Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa.

Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri.

Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada
neneknya. Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya
termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi
biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka.
Amat sedih ketika itu.

Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan
menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya
Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan
kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa
yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan
.
..YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang
mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri
terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium
tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus.
Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa
Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga
dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, Kenapa kau tidur kat
sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri.

Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara
automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan
menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak
ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa...



"Aku hanyalah insan biasa yang menyatakan sesuatu hari ini, mungkin esok ku ubah kembali, dan mungkin lusa ku ubah lagi.." -Imam Abu Hanifah.

Feb 21, 2011

DONT BE SAD!!!

Hari ni aku ada baca satu buku yang membuatkan aku menarik untuk menbacanya...kenapa tiba2 ak tertarik sangat nk baca buku tu.....(LA TAHZAN-JANGAN BERSEDIH-DONT BE SAD)...
buku yang sangat popular sekali..hasil karya DR Aidh bin Abdullah Al-Qarni
salah satu petikan yang membuatkan aku begitu tertarik untuk menulis di blog ni:
petikan ni membuatkan aku mengingati memori yang selama ini aku tidak pernah sesekali untuk melupakan...


1)Yang Berlalu Biarlah Berlalu
Mengingati masa yang lalu dan bersedih dengannya merupakan suatu kebodohan dan bersikap gila.Selalu mengingati masa yang lepas adalah sebuah pembunuhan terhadap sebuah cita-cita.File masa yang lalu bagi orang yang cerdik biasanya dilipat dan tidak diceritakan.Masa yang lalu ditutup dan dikunci rapat dalam peti lupa,sebab ianya sudah berlalu dan telah berakhir.
Selayaknya umat manusia tidak perlu menoleh kebelakang ..hembusan angin ke hadapan,rombongan kafilah bergerak kedepan..oleh itu janganlah menyalahi sunnah kehidupan.
Allah telah menyebut dan menceritakan apa yang telah berlaku kepada kaum kaum terdahulu seperti dibawah
Allah s.w.t telah berfirman (Al-Baqarah:141)
Yang maksudnya berbunyi:
“Itu adalah umat yang lalu”
Kita sering terlena dengan istana- istana indah dan menangisi keruntuhan yang telah berlaku.Ingatlah jika manusia dan jin dikumpulkan untuk mengembalikan apa yang telah berlalu nescaya gagal dan tidak mampu kerana ianya mustahil.

2)Biarkan Masa Hadapan Datang Sendiri
Allah s.w.t berfirman (Al-Nahl:1) yang bermaksud:
“Telah pasti datang ketetapan Allah maka janganlah kamu meminta agar disegerakan(datang) nya”
Jangan sesekali mendahului peristiwa yang belum terjadi.Adakah anda ingin melahirkan anak sebelum sempurna hamil?Adakah anda ingin memetik buah sebelum tiba masak?
Mengapa kita perlu sibuk untuk hari esok,mengapa kita berasa bimbang terhadap malapetaka ,peristiwa hari esok sedangkan kita belum tentu menjumpai hari esok.
Apa yang amat penting ditanam dalam fikiran kita ialah hari esok masih lagi dalam alam ghaib.Memberi peluang yang luas kepada akal fikiran untuk memikirkan masa hadapan dengan seolah kita membiarkan diri kita dibawah pengaruh panjang angan-angan.
Sesunguhnya ianya tindakan yang dimurkai oleh hukum syariat.Meramalkan suatu yang bakal terjadi pada masa hadapan adalah tindakan tercela berdasarkan hukum akal yang sihat.
Kebanyakan dunia sekarang nie asyik berfikir dan berkira pelbagai peristiwa yang bakal berlaku seperti penyakit,bencana kelaparan dan kemiskinan yang menimpa manusia.
Sesunguhnya ia tidak membawa menfaat kepada kita,ia merupakan kajian kajian syaitan sebagaimana :
firman Allah S.W.T (Al-Baqarah:268) yang bermaksud,
“Syaitan menjanjikan(menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan(kikir);sedangkan Allah menjanjikan untuk mu ampunan daripadaNya dan kurnia.Dan Allah Maha Luas(kurnia-Nya)lagi Maha Mengentahui”
Jadi janganlah ditunggu hari esok biarlah ia datang sendiri dan sibuklah untuk hari ini dan janganlah sesekali panjang angan -angan dan usah ditanya pasal hari esok...


JANGANLAH BERSEDIH....
SESUNGGUHNYA ALLAH SENTIASA BERSAMAMU!!!!

                                        

~kehidupan~

              Hari ini aku bosan sgt2...x tau nak buat apa...dah naik jemu dh hari2 kja ngadap pc ja...otak ni mcm kurang something ja...kekurangan ilmu...ak rindu sangat2 naK ngji...nk menuntut ilmu...jelez tengok kwn2 yang ngji...dalam hati ni rasa x sabar2 dh nk msk ngji...nk menuntut ilmu krn ALLAH...ak dah niat btol2 dh...lps ni ak dh decide nk ngji btol2...x mau main2 lg...x mau dh ingt benda2 yang lps...yang ak nk ingt ngji ja...hal2 slain ngji ak x  mau ingt2 dh....X mau mgenangkan msa2 yang lalu...masa2 yang lalu tu biar la menjadi memori lama...memori yang membuatkan ak mjdi lebih matang,dewasa n berani nk menghadapi dugaan hidup yang akan datang pada masa hadapan...sesungguhnya memori tu sentiasa ak akn ingat sampai bila2...ak x kn seseakli melupakan memori tu....memori tu banyak mengajar ak erti kehidupan yang sebenar....memori tu juga membuatkan ak terus mengingati dan mencintai kepada yang MAHA PENCIPTA....yang menciptakan semua mahkluk di muka bumi yang indah ini..ak sering mahukan hari yang cerah, tetapi DIA yang lebih mengetahui apa yang akan terjadi...ak sering inginkan keseronokkn jauh sekali kesusahan...tetapi DIA lebih mengetahui kesusahan.itulah yang mengajar ak erti kehidupan dan teguh berdiri menghadapi dugaan dan rintangan...ak sering mengiginkan ketenangan..hakikat nya diri ini penuh dengan dosa dan kejahatan...Tetapi ak sebagai mahkluk di muka bumi yang barakhah ini tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan...semua itu bukan lah satu hukuman,tp sebagai tanda kasih & sayang nya MAHA PENCIPTA kpd ak untuk lebih beriman....INSYAALLAH..ak akan terus melakukan kebaikkan tanpa henti,kuatkan hati saat diuji dan terima apa yang  bakal ak tempuhi ini dengan sabar dan redho....
~ATIQAH bersabarlah dan kuatkan hati menghadapi ujian ALLAH..~
    jangan cepat putus asa...GO2 CAIYOK!!!!!!<3

    


glitter-graphics.com

Feb 18, 2011

MAMPUKAH AKU????


Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah,
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabillah,
Penawar hati kekasih Allah,
Susah dan senang rela bersama.
Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak,
Pendorong dikala kesusahan dan penderitaan,
Tiada sukar untuk dilaksanakan.
Mengalir air mataku,
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah,
Akur dalam setiap perintah,
Taat pada abuyanya yang sentiasa berjuang,
Tiada memiliki harta dunia,
Layaklah ia sebagai wanita penghulu syurga.
Sanggupkah aku menjadi ibu seperti Khansa'?
Rela menyerahkan anak-anaknya ke medan pertempuran,
Biarpun darah menjadi penggantinya,
Asalkan syahid menjadi habuan.
Aku pasti akan berusaha menjadi pewaris mereka,
Ayuh, kita bangun bersama,
Wahai para mujahidah!

Feb 10, 2011

FrendZship09

(",) ~ PeRsaHabataN Bukan TerLetAk pAda PerTemUan.....
BukAn Jua Pada haRta keBendaan....& buKan puLa diUkur deNgan KecanTiKkan.....
Tetapi persahaBatan yanG seJati terLetak pada KukuhNya kasIh SayaNg.....
TulusnYa nIat menYimpul Ikatan.....IkhLasnYa haTi menErima keLemahan & juJurnya bICArA yaNg diTuturKan.....
Biar JasaD jaUh terPisah tiDak Bersempadan....Rindu teTap bErtamu, mengunDang KekuatAn & keyaKinan, Bahawa suAtu haRi Nanti paSti Akan aDa PerteMuan....& biAr tanpA perteMuan, IngataN & Doa teTap diTitipkan HinggA Akhir hAyat Tidak diluPakAn....~ (",)
(esYa~cha~aku~lia)
~aku~Diana~Esya~mas2ra~



aku~ShiDah~Diana~Ct~Fida
Mar~Cha~lia~EsYa~shiKin

Feb 8, 2011

Lukisan jiwa....

       
"Bila tubuhmu lesu & hilang semangat, ALLAH tahu betapa kamu telah mencuba sedaya upaya.....
Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan, ALLAH telah mengira setiap TITIS air matamu.....
Bila dirimu terlanjur melakukan dosa, ALLAH sentiasa menunggu taubatmu......
Bila kau telah mencuba segalanya tetapi masih tidak berhasil, ALLAH mengumpulkan segalanya untuk 1saat yang tidak terduga...
Bila hatimu telah mengecapi kemanisan iman, ALLAH telah berada hampir padamu untuk kurniakan kejayaan hakiki.....
                   
          "HidUp BahaGia dI duNia AkhiRat, Sentiasa Di siSi peMiliK cinTa yAng AgoNg"                                             

Ubat Hati...

 Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: “ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.

Sesungguhnya manusia diciptakan oleh Allah dengan sebaik-baik penciptaan. Bermulanya dengan setitik air yang hina sehinggalah bergelar seorang insan bernama manusia. Diberikan pula berbagai-bagai nikmat yang tak ternilai banyaknya tanpa mengira siapa kita. Namun, kita sering lalai dan lupa untuk mensyukuri di atas anugerah yang dikurniakan, bahkan kita masih lagi berlumba-lumba mengejar kemewahan yang bersifat sementara itu.

Nikmat yang paling berharga dikurniakan kepada manusia ialah nikmat hati, yang merupakan raja segala gerak-geri dan tingkah-laku yang dipertontonkan oleh manusia. Hati yang diciptakan Allah semulia-mulia kejadian, di situlah akal manusia, di situlah buruk, baik, sihat, lemah manusia, di situlah segala-galanya.

Benarlah apa yang diucapkan oleh Rasulullah SAW: “ Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging, jika sekiranya baik daging itu, maka baiklah seluruh diri manusia itu. Jika sekiranya buruk daging itu, maka buruklah seluruh diri manusia itu. Ketahuilah, bahawa ia adalah hati ”.

Hatilah punca segala-galanya. Jika tidak berpunca dari hati yang kotor, manusia tidak akan melakukan maksiat terhadap penciptanya. Namun, kita sentiasa tidak menghiraukan gelagat hati kita. Kita sering biarkan hati kita dikotori titik-titik hitam dan dihinggapi berbagai-bagai penyakit yang menjijikan. Lantas, hasilnya segala gerak-geri yang dipertontonkan melencong dari jalan yang dikehendaki Allah SWT.“ 

Al-Quran yang diturunkan kepada kita melalui insan agung SAW merupakan mukjizat yang tidak ada tolak bandingnya, bahkan ia juga sebagai ubat bagi mengubati hati yang berpenyakit. Dengan kita melazimi membacanya dan mentadabbur apa yang terkandung di dalamnya, akan memperolehi ketenangan hati yang akan menyebabkan hati sentiasa tidak lalai mengingati Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud: “ketahuilah, dengan mengingati Allah itu, hati akan tenang”.

Begitu juga dengan mengosongkan perut dari terlalu kenyang akan mengubati segala penyakit yang tersemat dihati kerana dengannya hati akan beroleh kerehatan dan meringankan untuk melakukan ibadat kepada Allah SWT serta menjauhkan dari segala penyakit yang memudaratkan. Rasulullah SAW pernah bersabda: “Barangsiapa yang sedikit makannya, sihatlah perutnya dan bersihlah hatinya. Barangsiapa yang banyak makannya, maka sakitlah perutnya dan keraslah hatinya”.

Sabda Rasulullah SAW lagi: “ janganlah kamu matikan hati kamu dengan membanyakan makan dan minum, sesungguhnya hati itu seumpama tumbuh-tumbuhan, jika banyak disirami air maka ia akan mati ”.

Seterusnya, diantara ubat bagi mengubati hati ialah dengan sentiasa bagun malam beribadat kepada Allah SWT kerana dengannya akan menjauhkan diri kita dari tipu daya syaitan dan menjauhkan dari melakukan dosa serta mendapat keredhoan dari Allah SWT. Rasulullah SAW sentiasa mengingati ummatnya: “ hendaklah kamu bangun malam ( beribadat ) walaupun hanya mengerjakan satu rakaat sembahyang ”.

Oleh itu, bagi memastikan hati kita dalam keadaan sentiasa bersih dari segala penyakit, hendaklah kita melazimi dengan membanyakan beribadat kepada Allah disepertiga malam kerana waktu itulah Allah SWT turun ke langit dunia bagi melihat siapa diantara hambanya yang berjaga malam, beribadat kepadanya.

Begitu juga, hati akan terubat dari segala penyakit dengan sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh. Ini akan menyebabkan sedikit sebanyak akan terikut dengan tingkah laku, perbuatan dan percakapan mereka yang sentiasa mengingati Allah SWT. Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah bersabda: “ Berkata Luqman Al-Hakim kepada anaknya, wahai anakku, sentiasalah kamu berada dalam majlis alim ulama ( orang-orang yang soleh ) dan dengarlah kata-kata hikmah dari mereka. Sesungguhnya Allah SWT akan menghidupkan hati yang mati dengan cahaya hikmah sebagaimana Allah menghidupkan bumi dengan siraman hujan yang lebat ”.

Berkata seorang hukama’ : “ Sesungguhnya Allah SWT mempunyai sebuah kebun di atas dunia ini, barangsiapa yang masuk ke dalamnya maka bahagialah hidupnya. Kemudian ditanya padanya: “apakah kebun itu?, lantas dijawab bahawa kebun itu adalah majlis-majlis ilmu ( mengingati Allah ).

Begitulah di antara penawar-penawar yang digariskan oleh ulama bagi mengubati hati-hati kita dari segala penyakit yang menyebabkan gerak geri yang dipertontonkan oleh kita melencong ke arah kemurkaan Allah SWT. Mudah - mudahan kita digolongkan dikalangan hamba-hambanya yang sentiasa dalam keadaan hati bersih dari segala penyakit-penyakit yang menyebabkan kita lalai mengingati Allah SWT.


Feb 6, 2011

''Pada saat yang indah itu..dengan cinta yang suci juga bermula..
cinta yang suci tidak seharusnya wujud dengan dosa...
Bercinta lah dengan restu dan keredhaan illahi...serahkan padanya kerana dialah pemilik cinta yang agong...
         Oleh itu...sebagai makhluknya haruslah kita kuat untuk mencipta diri kita menjadi tasawuf cinta yang mulia....
             InsyaALLAH...sesungguhnya ALLAH maha mengerti, maha menunaikan hajat hamba2nya..
walaupunhanya sekeping hati yang seringkali berdoa dan meminta kepadanya dalam kekusyukan akan di makbulkan olehnya...Yakinlah..cinta yang di serahkan hanya pada yang esa bakal di balas oleh pemilik cinta kita dengan cinta yang soleh...
          Itulah janji maha pencipta kepada hambanya yang bertawakal dan percaya pada Qada dan Qadar ALLAH TAALA....

ADA HIKMAH D SEBALIK SEMUA YG TERJADI!!!!

''Terjadi nya sesuatu perkara itu mungkin ada hikmah yang kita sendiri tidak sedari akan kebaikan mahupun keburukannya..Terima keadaan seadanya dan jangan menyalahkan sesiapa di atas apa yang terjadi..
Semua manusia tidak sempurna begitu juga dengan diri aku...banyak kesilapan dan kesalahan yang perlu aku perbaiki...kesempurnaan yang betul2 sempurna hanya di miliki ALLAH S.W.T....sebagai manusia kita tidak boleh menilai seseorang itu melalui kelemahannya, tetapi nilailah hati dan jiwanya kerana di situ terletak segala-galanya...bkn mudah untuk kita mempercayai seseorang....ia mengambil masa yang lama untuk mempercayai seseorang...tetapi apabila kita sudah mempercayai seseorang..kenapa tiba2 seseorang itu membuatkan kepercayaan yang kita berikan itu musnah????
Semua yang terjadi mesti ada hikmah...walaupun sukar untuk menerima kenyataan....ternyata hanya diri ini mampu b'sabar dan menerima dengan hati yang terbuka....mungkin ini pengajaran untuk masa yang akan datang...Agar kesilapan hari ini tidak diulangi lagi...Apabila kita pasrah dan belajar menerima keadaan di sekeliling, InsyaALLAH keyakinan terhadap qada dan qadar ALLAH itu akan lebih tinggi....


Feb 4, 2011

TIGA TAHAP HATI....

SOAL hati, Imam al-Ghazali ada membuat perincian dengan tiga pembahagian mengikut tahap ketetapan dan kemantapan, kebaikan dan kejahatan atau peralihan kepada satu daripadanya, iaitu:
1- Hati yang dibangunkan dengan binaan takwa, dibersihkan daripada akhlak yang keji dan tercela, lalu terisilah di dalam hati ini lintasan dan saranan kebaikan daripada khazanah alam ghaib atau simpanan alam malaikat.
Dengan daya penglihatan terbukalah kepada daya akal mengenai sudut kebaikannya, lalu memutuskan ia adalah suatu mesti dilakukan. Begitulah daya akal (syarie) ini menggalak, mendorong dan menyerunya supaya melakukannya.
Malaikat akan meninjau ke dalam hati ini, didapatinya baik dan subur, bersih dengan sifat ketakwaan dan bersinar dengan cahaya ilmu. Malaikat mendapati hati ini layak untuk tempat penurunan.
Ketika itu, hati dibantu dengan tentera yang tidak dapat dilihat oleh mata dan sentiasa ditunjuk ke arah kebaikan dan sentiasa tertarik dari satu kepada kebaikan yang berterusan dan saling bersambungan.
Bantuan ini tidak terputus sama ada dalam bentuk saranan, galakan dan dorongan kepada kebaikan atau dirintiskan kepadanya laluan, lorong atau jalan kemudahan dan kelapangan. Allah mengisyaratkan dalam surah al-Lail, maksudnya:
“Apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertakwa. Serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik. Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga).” (al-Lail:5-7)
Hati sedemikian adalah hati yang pelitanya menyinarkan cahaya dari ‘misykat rububiyah’ sehingga tidak ada suatu terlindung padanya dan tidak terpengaruh oleh tipu daya syaitan, bahkan tidak akan mempedulikannya.
Selepas bersih daripada sifat tercela membinasakan, hati ini segera terhias indah dengan sifat terpuji yang menyelamatkan seperti syukur, sabar, takut dan pengharapan, zuhud, mahabbah, reda, rindu, tawakal, tafakkur dan muhasabah.
Hati inilah diterima dan dihadapkan Allah ke atasnya iaitu hati muthmainnah yang dimaksudkan oleh firman Allah bermaksud: “Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah! dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (ar-Ra’d)



2- Hati yang kecewa dan terbuang, dipenuhi hawa nafsu, dikotori dengan akhlak buruk dan tercela, terdedah dan terbuka luas kepada pintu syaitan dan tertutup dari pintu malaikat.
Punca kejahatannya ialah bermula daripada lintasan hawa nafsu ke dalam hati dan membisikkan dengan kejahatan, lalu hati merujuk kepada hakim akal untuk mendapatkan nasihatnya.
Tetapi akal sudah biasa menjadi khadam yang sentiasa patuh kepada hawa nafsu, sentiasa mencari helah dan tipu muslihat bagi membantu hawa nafsu, sehingga akal dikuasai nafsu, lalu hati menerima setiap kemahuan hawa nafsu yang menjadikan kekotoran semakin tebal, karat dan kegelapannya kerana semakin lemah daya akal dari mengawal dan mempertahankan.
Ketika itu, syaitan mengambil peranan untuk memperkuatkan penguasaan hawa nafsu ke atas hati melalui tugasnya.
Dengan sebab itu, semakin lemahlah daya imannya dengan janji Allah yang baik dan jahat, semakin malap cahaya keyakinannya kepada hakikat hidup akhirat, kerana asap debu gelap daripada hawa nafsu menutupi hati sehingga menutup sinar cahayanya.
Sementara akal sudah menjadi seperti mata yang terkena asap, tidak mampu lagi untuk melihat dengan baik.
Demikianlah kesan penguasaan keinginan hawa nafsu kepada hati, sehingga hati tidak lagi berdaya untuk menggunakan fikiran dan membuat pertimbangan.
Jika cuba disedarkan oleh seorang yang ikhlas atau diterangkan jalan yang benar, ia sudah menjadi buta dan tuli. Yang bergelora adalah keinginan hawa nafsunya, lalu lahirlah pelbagai maksiat.
Hati yang demikian diisyaratkan Allah dalam firman-Nya bermaksud: “Adakah engkau nampakkah orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya?
Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami, Mereka hanya seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi.” (al-Furqaan: 43-44)
3- Hati yang didatangi lintasan hawa nafsu dan membisikkan perlakuan kejahatan tetapi segera dipintas lintasan iman dan mengajaknya supaya melakukan kebaikan.
Ketika itu dengan keinginannya cuba menolong lintasan kejahatan sehingga semakin kuat tarikan hawa nafsu.
Oleh itu, akal segera menyedarkan kepada kebaikan dan mempertahankan diri daripada serangan hawa nafsu serta menjelaskan sudut keburukannya sehingga diri nafsu itu cenderung kepada nasihat akalnya.
Tetapi syaitan tidak melepaskan peluang untuk memberikan bantuan terakhir menentang akal, sehingga lintasan dan saranan hawa menjadi semakin kuat.
Demikian hati menjadi rebutan berterusan antara dua daya tarikan iaitu tarikan hawa nafsu dengan bantuan syaitan serta tarikan akal dan ketakwaan dengan bantuan malaikat.
Sekiranya sifat yang ada pada hati lebih kepada sifat bahimiyah, sabu’iyah dan syaitaniyah, hati akan dikuasai syaitan, malah cenderung kepada golongan dan puak syaitan yang akan melahirkan pelbagai bentuk maksiat.
Tetapi jika yang ada pada hati itu lebih kepada sifat malaikat, hati tidak akan mendengar rayuan syaitan, bahkan tidak terpengaruh kepada janji syaitan, sebaliknya akan cenderung kepada golongan Allah dan dengan itu akan lahirlah pelbagai ketaatan.
YA-ALLAH YA TUHANKU....
sungguh berat ujian yang engkau beri kpdku....tambah2 lagi ujian hati....
mmg cukup berat nk lupakan apa yang telah terjadi...hati ni btol2 sedih dengan apa yang berlaku...
hanya orang yang faham n memahami ja yang boleh merasai....bkn mudah untuk melupakan apa yang telah berlaku..ia mengambil masa yang lama untuk melupakan sesuatu perkara....tambah2 ia melibatkan hati & perasaan....hanya org2 yang kuat dan tabah ja yang mampu lalui smua yang terjadi....teruk sgt ka ak ni??jhat sgt ka???saat ni mmg bertapa perit nya hati ni...nk lalui sorang2...tambah lagi apabila hati x kuat..x tabah...
mmg ini dugaan yang msti ak tempuhi...smua yang terjadi ni msti da hkmah...
tp knpa ak???ak tahu ak insan yang lemah...tidak kuat...ak perlukn semangat dan nasihat untuk ak teruskan hidup....hnya kpd mu saja yang ak mampu ak berserah...bertawakal...





                        
                                                      Detik waktu terus berjalan

                                                        berhias gelap dan terang
                                               suka dan duka tangis dan tawa
                                                tergores bagai lukisan

                                                     seribu mimpi berjuta sepi
                                                            hadir bagai teman sejati
                                                    di antara lelahnya jiwa
                                                           dalam resah dan air mata
                                             kupersembahkan kepadaMu
                                                            yang terindah dalam hidup

                                                             meski ku rapuh dalam langkah
                                                     kadang tak setia kepadaMu
                                                                  namun cinta dalam jiwa
                                                                  hanyalah padaMu

                                                                 maafkanlah bila hati
                                                     tak sempurna mencintaiMu
                                                         dalam dadaku harap hanya
                                                             diriMu yang bertahta

                                                       detik waktu terus berlalu
                                                       semua berakhir padaMu....

Feb 3, 2011

mizz u all so much!!!

kwn2 yg ak cyank..
lov u all so much...

Assalamualaikum....
x tau nk kongsi pa cte kt blog ni...
ni la first blog yg ak wt hsil dr ciptaan ak sndiri..
originl lg..no ciplak2..no copy2..
skrg ni tetiba ja ak rndu la kt kwn2 mmpt2009....
byk knangan mnis n bruk yg ak leh lupa....
stiap hari msti ak ingt knangan kta b'sma...
for my frenz ::
 diana,alia,cha,sanah,mar,mira,shidah,mas,wan,munir,tkah mad,
 im,shikin,mek lah,thaqifatul,adilah,nono....
ak rndu ampa smua...bla bleh jmpa cm dlu eh???
huhu...yg tu smua ALLAh ja yg mha mgetahui bla kta bleh jmpa....
^_^...ak rndu ampa smua...(:)