May 29, 2011

Hari-hari terakhir...

Assalamualaikum...
Terima kasih yang tidak terhingga Buat pembaca blog Cahaya Hati NazieQa kerana sudi berkunjung & membaca blog yang tidak seberapa ini.

DETIK-DETIK TERAKHIR...

*Mencari pengalaman bekerja di CyberCafe
(Addeen Digital Internet)
    
          Akhirnya detik-detik yang dinanti-nanti aku bakal tiba juga..tinggal 2 hari lagi je aku akan berkhidmat di Cc ni.mesti lepas ni rindu gila...rindu dengan pelbagai ragam budak2 yang kadang kala membuatku tergelak sendirian..macam-macam pengalaman yang aku perolehi.Maybe lepas ni aku tidak dapat merasainya lagi.terasa sedih pabila mahu meninggalkannya..tetapi apa kan daya.aku tiada kudrat untuk terus teguh di situ kerana aku ingin mengejar cita-cita dan impian aku yang akan aku laksanakan tidak lama lagi.Lepas ni aku mesti berjuang sehabis-habisan demi mencapai kejayaan dan kecemerlangan yang diimpikan.


         Terima kasih aku ucapkan buat Bos aku (Ikmal) kerana memberi peluang untuk aku menjadi salah seorang daripada ahli keluarga Addeen Digital Internet.Aku memohon maaf dan khilaf di atas apa-apa kesalahan yang aku lakukan.Terima kasih kerana memberi aku tunjuk ajar dan pengalaman walaupun seketika sahaja di Cc mu.Aku juga ingin mengucapkan "selamat pengantin baru" buat bos aku..Semoga berbahagia selalu..Insyaallah,kalau tidak sibuk, aku akan hadir ke majlis perkahwinanmu...






NazieQa

May 23, 2011

Kenangan Lalu Tidak Mungkin ku Lupakan...

Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.



Assalamualaikum...
Hai =)....
Hari ini aku ingin menceritakan tentang kenangan yang lalu yang sukar membuatkan aku melupakannya.Kenangan yang membuatkan aku perit untuk menerima kenyataan.kenangan yang membuatkan aku mengenal erti kedewasaan yang sebenar.Kenangan yang membuatkan aku serik untuk mengulangi kesalahan buat kali ke-2.Sehingga kini, aku masih belum dapat melupakannya lagi.Begitu perit untuk aku laluinya.Kenapa sehingga sekarang aku tidak boleh melupakannya lagi???kenapa???Begitu berat ujian dan dugaan yang aku perlu lalui.Bila aku mengenang kisah silam ang lalu, hati ini tersa sayu dan kerdil sekali.Terasa berdosanya aku pabila  mengigatkan kisah yang lalu.kisah yang membuatkan aku alpa dan lalai dengan kehidupan duniawi.Kehidupan yang penuh dengan kata-kata manis dan janji yang hanya tinggal janji.Dan sekarang aku berjanji, walau apa pun yang berlalu, aku tidak akan terjatuh ke dalam lubang yang sama buat kali ke-2.Semoga Allah melindungi hatiku daripada tercemar dengan fitrah-fitrah kehidupan duniawi buat selamanya melainkan di atas jalan yang benar dan diredhoi oleh Nya...

AtiQah:  Terimalah segala takdir Allah dengan sebaiknya. Anggaplah setiap takdir itu sebagai didikan terus dari Allah dengan penuh kasih sayang. Dengan sikap sebegini, hati tidak akan tension, kita dapat menambah rasa kehambaan serta dapat pula mengungkai sifat-sifat yang tidak baik dalam diri kita dengan lebih cepat. Malahan kita juga tidak akan mengakibatkan kesan tidak baik kepada orang di sekeliling kita.







NazieQa

May 19, 2011

~Cup cake oh... cup cake....~

Bissmilahirrahmanirrahim...
Erm..hari ini aku nak cerita tentang cup cake..Sejak akhir-akhir ni aku suka sangat dengan cup cake.
Tiap2 hari di tempat keja mesti aku cari info tentang cup cake..contohnya macam cara design cup cake, resepi cup cake yang sedap2 dan macam2 lagi.
Semalam aku ada buat cup cake.cup cake yang kedua yang aku buat hasil tunjuk ajar Puan Jamilah a.k.a my loving mom.cup cake yang first tak berapa na kjadi sangat tapi ok la..
Apa2 info n design terbaru tentang cup cake yang aku dapat mesti aku akan kongsi dengan mak.
mak pun support je apa yang aku bagi tau.ciap menambah2 lagi ilmu nya.
.Aku suka sangat2 cup cake2 ni coz comel sangat2.Bila tengok2 cup cake2 ni sejuk je mata memandang coz colourful, ceria n cantik.
Lepas tengok cup cake tu rasa sayang nak makan.rasa macam nak simpan je dalam frame..
hihi..
Kalau boleh tu aku nak belajar betul2 buat cup cake n then suatu hari nanti aku nak buka bisnes cup cake.
Nak cari duit lebih..itu pun kalau ALLAH izinkanlah.macam-macam dah tentang cup cake ni yang aku rancang.
Harap2 apa yang aku rancang ni akan jadi kenyataan suatu hari nanti.Rancangan aku ni aku tak bagi tahu mak aku lagi ni..Nak belajar bagi habis dulu tentang cup cake, pastu baru nak bagi tahu mak.
Harap2 rancangan aku ni di sokong oleh mak...

~cup cake first~




 ~Cup Cake second~





~impian aku nak buat cup cake like this..InsyaaLLah kalau di izinkan ALLAH.




~Cup Cake Impian ku~



NazieQa


May 16, 2011

Selamat Hari Guru...

SELAMAT HARI GURU aku ucapkan buat semua Guru-guru 
SRIDA, MMPT dan MMPS..
Terima Kasih atas jasa kalian mencurahkan ilmu-ilmu yang begitu berharga buat diri ini...
Jasa kalian tetap ku kenang sampai bila-bila...

Guru2 SRIDA(99-04)

Guru2 MMPT (05-09)

Pernah langkah ku payah

Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arah ku keliru
Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku 
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan

 aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan, beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasih-Mu
Ampunkanlah guru-guruku

Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini










NazieQa

May 13, 2011

kita & masalah

Bissmillahirrahmanirrahim.....


Kehidupan tidak seperti yang kita rancang..semua itu juga bukanlah kehendak kita..tetapi kehendak yang maha esa kerana mahu menguji tahap kesabaran dan keiman seseorang hambanya.Setiap orang mempunyai masalah sendiri.begitu juga dengan aku.Walaupun segembira mana pun seseorang manusia itu, dia tetap mempunyai masalah.setiap orang juga tidak boleh lari dari masalah..sejauh mana pun ia berlari,masalah tetap ada dalam diri seseorang itu..

Apabila kita ada masalah, kita selalu rasa masalah kita itulah yang paling besar di dunia dan kita akan mencari-cari orang untuk berkongsi beban masalah kita itu (untuk wanita) atau lari dari dunia untuk mencari jawapan yang tak kunjung tiba (untuk lelaki).
Terkadang tanpa disedari bahawa kita seakan kecewa dan terus kecewa dengan keadaan di sekeliling kita. Walaupun ada sebahagian manusia lain cuba membantu kita, pada kadar sewajarnya, namun kita melihat usaha kecil tak seberapa itu, menjadikan kita tak bersyukur.
Begitulah kita, di saat kita bermasalah, kita mahu manusia mendengar dan membantu kita,regardless bagaimana keadaan orang lain itu.
Sedangkan, Allah memberi pertolongan terbaik dan tepat untuk kita.
Samada orang membantu ataupun tidak.
Kerana itu, pertolongan berbentuk manusia itu merupakan hadiah dariNya, merupakan bantuan dariNya.
Sedangkan sebenar-benar bantuan dari Allah.
Sejauh mana kita mahu manusia membantu dan menolong kita, tentu itu tidak pernah cukup dan mampu membantu kehidupan kita.
Jika kita selalu rasa tak cukup, selalu rasa tak dipedulikan dan rasa tak dibantu sedangkan ramai manusia sekelilingmu mahu membantumu dalam kesibukan diri mereka masing-masing, manusia hebat macam manapun , tentu takkan dapat memuaskan hati kami.
Kerana kita ini manusia.
Makhluk Allah. ciptaan Allah.
Bila ada swithc rosak, engine rosak, whatever is wrong with us.. Pencipta sahaja kan dapat membantu kita.
Tapi betullah, bila kita ada maslah, kita nak sangat orang tolong dan dengar masalah kita, tapi bila orang lain ada  masalah, adakah mampu kita membuat yang terbaik untuk orang itu?
  • Sekadar renungan untuk diri....

NazieQa

May 8, 2011

~seLamaT haR! ibU~ (cyank mak!!!)

Orang kata aku lahir dari perut mak....
(bukan orang kata...memang betul)


Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku....mak


Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang....mak


Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak


Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak


Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan....mak
Bila sedih, aku mesti telefon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu....mak


Bila bengang, aku suka luah pada....mak
Bila takut, aku selalu panggil...."mmaaakkkk!"
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau....mak


Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni....mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak


Kalau balik ke kampung,
Yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku....mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak


Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak


Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak


Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....mak


Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak


Bila sambut valentine....aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu....aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”


Selalu....aku ingat pasanganku
Selalu....mak ingat kat aku


Bila-bila....aku akan telefon pasanganku
Entah bila....aku nak telefon mak


Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila....aku nak belikan hadiah untuk mak



Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... Bolehkah kau kirim wang untuk mak? Mak bukan nak banyak... Lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya.....
Tapi kalau mak sudah tiada.....
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....


Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....


dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya....
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00


Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.


Selamat hari ibu...mak..
thank krn susah payah membesarkan anakmu yaNG degil ini...
syg mak..


May 1, 2011

Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrhim..
erm...sudah lama aku tidak update blog..bukan sebab aku ni sibuk,tetapi sebab tidak ada idea n topik yang aku nak tulis...sekarang dah masuk bulan 5.tidak sabar rasanya nak merasai kemanisan bulan 6 sebagai seorang mahasiswi @ seorang student kembali...sudah 5 bulan lebih aku tidak menjalani aktiviti seharian aku sebagai seorang pelajar..diri ini terasa rindu yang teramat membuak-buak ingin menjadi student semula walaupun akan melangkah ke alam yang lebih mencabar lagi..banyak yang perlu aku pelajari.dan aku betul-betul tidak sabar nak melangkahkan kaik ke alam..mesti bestkan...sesungguhnya aku benar-benar bersyukur kerana diberi kesempatan untuk merasai kehidupan di dunia yang hanya sementara ini...
Terima kasih Ya Allah kerana memberi kemanisan untuk aku merasainya...