Oct 26, 2011

Mencari Tulang Rusuk..

~Suatu hari aku bersama seorang sahabat sedang rancak bersembang...Dalam keadaan rancak bersembang, aku berkata kepada sahabat aku itu, "Agak-agak awaklah, macam mana lah bentuk tulang rusuk??"...Tetiba ja soalan itu yang terkeluar dari mulutku..Sahabat aku dengan selamber nya menjawab.."Balik ni kita pakat search dalam internet tengok..ana pun tak tahu juga macam mana bentuknya.."
Dan malam ini baru aku berkesempatan untuk mencari dalam internet bagaimana bentuk tulang rusuk...Cari punya cari...terjumpalah bentuk tulang rusuk yang aku nak tengok sangat tu..

Ni lah bentuk tulang rusuk...

WANITA DIBUAT DARI TULANG RUSUK LELAKI...DIA TIDAK DICIPTA DARI KEPALANYA UNTUK MENGUASAI LELAKI...DIA TIDAK DICIPTA DARI KAKINYA UNTUK DIPIJAK OLEH LELAKI...DIA DICIPTA DARI RUSUKNYA SUPAYA SENTIASA DEKAT KEPADANYA...DICIPTA DARI BAWAH LENGANNYA UNTUK DILINDUNGI OLEHNYA DAN...BERDEKATAN HATINYA UNTUK DISAYANGINYA....
Tiba-tiba teringat yang orang cakap yang wanita dijadikan dari tulang rusuk Adam...dan penderma tulang rusuk itulah yang akan jadi pasangan kita di dunia...Dalam hati ini penuh dengan tanda tanya dan ingin mengetahui siapalah hamba yang baik hati untuk menderma tulang rusuknya untuk ku ini...Hihihi..Agak kelakar soalan yang menerjah ke dalam pemikiran ku sekarang..Mungkinkah aku akan temuinya di dunia ataupun di sana nanti??? semua persoalan yang berada di pemikiranku sekarang.Sesungguhnya itulah rahsia yang tersembunyi dan hanya Allah yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya....Aku hanya mampu bersabar menanti dan mempersiapakan diriku untuk menjadi yang terbaik..


Tulang rusuk ADAM yang hilang biarlah dia yang mencarinya sendiri...
HAWA pula, tunggulah & bersabarlah, tidak perlu kamu mencari ADAM.
kerana kamu tetap tulang rusuknya yang hilang.
Dia akan datang mencarimu dan mengambilmu suatu hari nanti..
Apa yang boleh kamu usahakan HAWA ialah berdoa agar ADAM yang datang itu adalah ADAM yang beragama, beramal & punya akhlak yang baik.
Dengan kata lain yang dapat membimbing kamu ke jalan yang lurus untuk le syurga..

Oct 24, 2011

Jatuh....

~Sekali lagi terjerumus ke lembah kegagalan..Aduhai..Lemah semangat dan jatuh terus untuk diri ini terus berjuang melakar kejayaan.Betapa sedihnya diri ini pabila impian tidak kesampaian untuk aku teguh berdiri...Kesan yang perlu aku lakukan amat perit untuk aku mananggungnya atas kecuaian diri aku sendiri.Ya Allah.."apa kamu sudah lakukan atiqah, kenapa kamu jatuh merudum sekali.???"...persoalan demi persoalan menerjah ke dalam kotak pemikiranku...Betapa leburnya hati dan perasaan orang yang aku sayangi iaitu keluarga yang mengharapkan kejayaan yang aku tanamkan...Tidak dapat ku gambarkan perasaan mereka pabila mengetahuinya dan tidak dapat untuk aku menerimanya kerana Aku gagal sekali lagi untuk berjaya....Terus berjuang Atiqah..jangan putus asa.Ingat..Sekali gagal tidak bermakna gagal untuk selama-lamanya...      
<Nak Hidup Mesti Berani Untuk Gagal>

kita pohon kekuatan..ALLAH beri kesulitan agar kita kuat..
kita pohon keteguhan hati.. ALLAH beri masalah utk kita atasi...kita pohon keyakinan.. ALLAH beri ujian utk memantapkan keyakinan..KADANG KALA KITA TIDAK DAPAT APA YANG DI INGIN KAN TETAPI KITA SENTIASA DAPAT APA YANG DIPERLUKAN...

Oct 23, 2011

Semburan Kebahagiaan...


~Tiada apa yang dapat mengembirakan hatiku selain daripada melihat orang-orang yang aku sayangi iaitu Keluargaku dan sahabat-sahabatku bahagia...Hati ini senang sekali melihat kegembiraan mereka semua walaupun hatiku yang terluka...Asalkan dengan melihat senyuman dan kegembiraan yang terukir di riak wajah mereka, sudah cukup membuatkan aku mampu tersenyum dan merasa bahagia dengan hidup ini..

Betapa rindunya aku kepada kawan-kawan di zaman persekolahan yang seringkali membuatkan aku ingin memutarkan kembali waktu-waktu yang kian aku membesar di alam remaja mengenal erti kedewasaan dan persahabatan..Betapa aku merindui detik-detik bersama mereka setiap masa dan langkah, demi mengutip ilmu untuk mencapai kejayaan..Teringat sejenak aku kepada guru-guru yang bersusah-payah memberikan mutiara-mutiara kepada kami dahulu demi melihat kejayaan kami semua...Butir-butir mutiara mereka seringkali terngiang-ngiang di kelopak alat pendengaran ini.Terima kasih kerana mendidik kami semua menjadi insan yang berguna dan tidak jemu-jemu memberikan kami semangat dan azam untuk melangkah...dan terus melangkah...Jasa dan bantuan titik pengajaran kamu semua tak mampu kami balas kerana ianya terlalu...terlalu dan terlalu berharga dan bermakna..Kerinduaan kepada mereka semua sentiasa terdetik di hati dan membuatkan aku ingin berputar ke alam persekolahan...

Tetapi apa kan daya, masa yang berlalu tidak boleh di putar kembali.Ianya menjadi memori suka dan duka.Kini..semua nya membawa haluan masing-masing berjuang demi  mencari kejayaan hidup.Gembira dan bahagia hati ini mendengar perkhabaran dan kejayaan kawan-kawanku semasa di alam persekolahan..Ternyata semuanya hebat-hebat belaka.Aku bangga dengan kalian semua.Aku sentiasa mendoakan semua kawan-kawan,Sahabat seperjuanganku agar berjaya dalam hidup dan menjadi insan yang berguna penuh dengan ilmu pengetahuan yang dapat mentarbiahkannya kepada ummat islam...


Sahabat...dirimu ibarat semburan wangian dalam hidupku semua..dirimu ibarat kegembiraan yang sentiasa membawa sinarnya...dirimu tidak dapat dicari ganti kerana di dunia ini sahabat tetap sahabat sampai bila-bila...Sahabat...Aku bangga mempunyai sahabat seperti kamu semua...Teruslah mara dan berjuang memcari kejayaan dalam hidup kalian...Dan ingatlah..."ukhuwah kita kerana-NYA..teruskan perjuangan.."

Oct 20, 2011

siap sedia untuk.....

Assalamualaikum...


Minggu ni diri ini mula menyibukkan diri dengan kelas dan kerja-kerja yang terbengkalai.Minggu depan(ahad) merupakan minggu study week dan 31/10/2011 merupakan hari untuk diri ini berperang dengan soalan-soalan peperiksaanSetelah 1 semester diri ini bersiap sedia menyediakan  otak untuk bertungkus-lumus mempelajari apa yang harus dipelajari, sekarang tibalah musuh yang paling ditakuti oleh semua pelajar iaitu PEPERIKSAAN...
 Ni lah Jadual examku...                                                                                         31/10/2011(isnin)Al-Arudh Wa Al-Qafiah,                                                                 10/11/2011(khamis)Foundation English,                        15/11/2011(selasa)Tarikh Al-Adab Wa Al-Nusus,                                                                   17/11/2011(khamis)Al-Nahw1,                                                           18/11/2011(jumaat) Introduction To Computer...
*Selamat menempuh alam peperiksaan buat diriku serta teman2ku yang bakal menghadapi detik2 yang akan aku Alami..Hope success2 selalu..Dan all the best..(^_^)


~Disini diri ini ingin berkongsi serba sedikit tentang tip2 menghadapi peperiksaan... 

Ketika anda menghadapi peperiksaan, anda sedang memperlihatkan kemampuan anda dalam memahami apa yang telah anda pelajari.
Peperiksaan memberikan gambaran terhadap perkembangan pelajaran anda.
Terdapat beberapa aspek, seperti sikap dan keadaan anda akan mempengaruhi anda dalam peperiksaan.
Sepuluh tip untuk membantu anda dalam peperiksaan :
Bawalah semua alat tulis yang anda perlukan seperti pensel, pen, kalkulator, jam (tangan), pemadam, pembaris, dan lain-lainnya. Kelengkapan ini akan membantu anda untuk memberi sepenuh tumpuan sepanjang masa peperiksaan.
Ingatkan diri anda bahawa anda sudah bersedia dan akan menghadapi peperiksaan dengan baik.
Pastikan meja dan kerusi anda dalam keadaan baik dan selesa untuk anda menulis. Duduk dalam keadaan menegak.
Luangkan 10% dari keseluruhan waktu peperiksaan untuk membaca soalan-soalan secara mendalam, tandakan kata-kata kunci dan tetapkan berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan. Rancangkan untuk menjawab soalan yang mudah dahulu, baru soalan yang sukar.. Ketika anda membaca soalan, catatkan juga idea-idea yang muncul yang akan digunakan sebagai jawapan.
Mulakan dengan menjawab soalan mudah yang anda ketahui, kemudian dengan soalan-soalan yang mempunyai markah yang tinggi. Soalan terakhir yang harus anda jawab adalah:
  • soalan paling sukar,
  • yang memerlukan masa yang panjang untuk menulis jawapannya,
  • mempunyai markah sedikit .
Mula-mula, abaikan jawaban yang anda tahu salah. Tekalah pilihan jawapan ketika tidak ada pilihan jawapan yang dapat anda abaikan. Jangan mengubah suatu pilihan jawapan jika anda tidak pasti kerana pilihan pertama jawapan anda biasanya betul, jangan menggantinya kecuali anda yakin dengan pembetulan yang anda lakukan.
Buat rangka karangan secara ringkas untuk esei dengan mencatat dahulu beberapa idea yang akan ditulis. Kemudian susun idea-idea tersebut mengikut susunan yang mana penting atau perlu dibincangkan dulu.
Tulis frasa pokok pada frasa pertama. Gunakan perenggan pertama sebagai pengenalan esei anda. Gunakan perenggan seterusnya untuk membincangkan isi-isi utama secara terperinci. Sokong isi anda dengan penerangan yang jelas, contoh, atau petikan dari buku atau media lain jika perlu.
Periksa jawapan; elakkan keinginan untuk cepat meninggalkan dewan atau bilik setelah anda menjawab semua soalan ujian. Pastikan anda telah menjawab semua soalan. Baca sekali lagi jawapan anda untuk memeriksa ejaan, struktur bahasa dan tanda baca. Untuk jawapan matematik, pastikan tidak ada kesilapan (misalnya salah meletakkan tanda titik perpuluhan). Bandingkan jawapan matematik anda yang sebenarnya dengan pengiraan ringkas.
Setiap peperiksaan akan membantu anda dalam mempersiapkan diri untuk peperiksaan berikutnya. Tetapkan strategi mana yang sesuai dengan anda. Tentukan strategi mana yang tidak menjadi dan ubahlah. Gunakan kertas peperiksaan sebelumnya ketika belajar untuk peperiksaan akhir.
Terjemahan dari: Landsberger, Joe. Ten Tips of Test Taking


Tapi yang penting sekali jangan lupa BERDOA!!! betulkan niat dan lakukanlah hanya keranaNya. InsyaAllah Dia akan membantu.




Oct 13, 2011

Thank my Frenz..^_^


Genggaman tangan, berpaut hati bersama menjalin tali kasih yg tulusmembina persahabatan yang abadi meramaikan jalan kehidupan yang sempurnaTiada hari seindah yang kita lewati bersama merentang hidup detik demi detiktak satupun terlewati untuk menikmatinya derai keceriaan hidup terpancar sudahTak ada kesedihan disana dibelantara hutan yang menjaga kedamaianyang memberikan arti sebuah persahabatan yang akan tergores dalam pita sanubari kehidupanSahabat... apa yang telah kita lewati bersama dengan sejuta canda dan tawamembawa kita melayang pada asal yang nyata..
Indahnya sebuah persahabatan akan sangat terasa saat kita merasakan
kehilangan masa-masa kebersamaan yg dulu pernah terjadi.
Nilai sebuah persahabatan bukan dari quantitas pertemuan yang
dilakukan, tapi rasa persaudaraan yang tertanam dalam hati dan akan
terus dipertahankannya walaupun rentang jarak dan waktu
memisahkannya. Riak-riak kecil dalam sebuah persahabatan akan selalu
dihadapi, ada saat kita begitu dekat dengan sejuta kesenangan yang
dilalui. Juga ada rentang waktu saat ada sebuah benang tipis yang
hadir dalam sebuah persahabatan, dimana tak selalu bisa bersama,
bercanda dan tertawa. Semua itu adalah sudah menjadi sebuah hukum
yang harus dijalani.

Kerinduan untuk bisa merasakan saat-saat kebersamaan yg dulu terjalin
membuat keinginan untuk bertemu dan bersatu. Banyak hal yg pernah
terjadi dan akan ada hal baru yang bisa terjadi. Dari kerinduan itu
arti dan makna sebuah persahabatan akan semakin berakar pada dinding-
dinding jiwa.

Sahabat,
terima kasih atas waktu yang sangat berharga yang telah kalian
luangkan untuk kebersamaan ini. Walaupun hanya sesaat, tapi mampu
menggetarkan relung-relung hati yang haus akan sebuah kemesraan,
kecintaan dan persaudaraan. Semoga apa yang telah kita jalin akan
terus terjaga.



Credit today...Thank a lot 4 Nur Syazwanna coz give me a present bufday..
i like it..terharu sangat2...lov u very2 much..n thank coz jd kawan.sahabat n teman.







Oct 11, 2011

~Melakar~


Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia,Sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan,Belajarlah memaafkan walau dirimu terluka,Berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran,Hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi ujian..
   
Melangkah itu mudah
Namun mencari arah itu yang terkadang payah,
Mencari jalan itu mudah,
Namun memahami destinasi itu yang bisa susah,
Menelusuri susur itu mudah,
Namun menuju noktah itu pasti lelah
Dalam semua itu,
menjaga istiqamah itu paling susah, payah dan lelah   


Namun DIA amat faham, bagi hambaNYA, tidak DIA meminta manusia menjadi yang terbaik, hanya perlu untuk melakukan yang terbaik, meletakkan sandaran dan keyakinan penuh kepadaNYA, lantas nescaya DIA akan menguruskan yang selebihnya. Agar yang terbaik itu menjadi milik manusia.  Moga perjalanan kita di dalam lindungan dan penjagaan ALLAH swt..
‎" Melakar langit sejarah, membina awan impi, bila aku menjejak, maka ia akan menjadi pasti"

Oct 9, 2011

Tugasan ....oh....Tugasan...


~Ketika ini diri mula menyibukkan diri bersama sahabat tercinta, membuat tugasan.Mula mencari bahan untuk menyiapkan tugasan Di "Maktabah Insaniah"...banyak kerja yang tidak di selesaikan lagi..Lagi 2 minggu lebih lagi masa yang tinggal untuk menyiapkan diri dengan senjata-senjata peperangan yang lengkap untuk bertemu dengan musuh ketat iaitu peperiksaan.Masa yang masih berbaki ini, diri ini masih lagi boleh mengaktifkan fb dan mengupdate blog..Ish3..apalah nak jadi.Tapi apa pun sekarang all the best.^_^

Oct 8, 2011

بسم الله الرحمن الرحيم
~Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang~

               Aku mulakan bait kata dengan menyebut nama-Mu Pemilik sekalian alam yang menciptakan langit dan bumi.
   Ketika saat diri di usik kegembiraan, tiba-tiba  terasa ada sesuatu yang mengusik jiwa.Takkala insan lain sedang asyik melakar senyuman, aku hanya mampu tersenyum walaupun diri ketika ini diulit pelbagai perasaan dan fikiran.


             Aku hanya mampu berserah PADA-Nya kerana tidak berdaya untuk melakukan apa-apa kerna aku hanyalah insan dan hamba kepada Pemilik-NYA.

Bertali arus dugaan tibaMenakung sebak airmataNamun tak pernah pun setitisGugur berderai di pipiTidak ditempah hidup sengsaraSuratan nasib yang melandaMenongkah badai bergeloraDiredah bersendirianBagaikan camar pulang senjaPatah sayapnya tetap terbang juaSekadar secicip rezekiBuat yang sedang rindu menantiSegenggam tabah dipertahankanBuat bekalan di perjalananKau bebat luka yang berdarahKau balut hati yang calarTelah tertulis suratan nasibmuDerita buatmu ada hikmahnyaTerlukis senyum di bibir lesuTak siapa tahu hatimuBiarpun keruh air di huluMungkinkah jernih di muaraBiarpun jenuh hidup dipaluPasti bertemu tenangnya

Oct 6, 2011

Dironta perasaan...

Diri yang sedang bersusah Hati...

terlalu banyak mengeluh hanya akan menunda kemudahan dan mempanjangkan kesulitan,
masihkah kita tidak percaya bahwa, "bersama kesulitan itu ada kemudahan..."
bukankah janji Allah itu pasti benar?
Allah Ta'ala memang tidak memberi apa yg kita inginkan, melainkan apa yg kita mahukan...
Jalani saja dengan senyuman yg selalu ikhlas memberi.....
perbetulkan niat  untuk mengharap keredhaan Allah Ar-Rahman...



ketahuilah yang sulit itu bukan permasalahan yang engkau hadapi saat ini...
namun sulit itu terletak pada kemampuanmu untuk berani menerima dan menghadapi segala yang tengah Allah uji saat ini ^_^ ...

tak ada hal yang tinggi yang di capai dengan mudah,
semua dari bawah, dan biarlah Kita berikhtiar...
dan Allah menjanjikan SyurgaNYA bagi kita yg bersungguh-sungguh berusaha keranaNYA.



YAKIN DENGAN NYA Atiqah...
walau apa yang berlaku terimalah dengan hati yang rela kerana sudah tertulis  perjalanan
takdir untukmu.
Kerana setiap ujian dan dugaan Daripada NYA merupakan takdir hidup yang sempurna...
Ingat Atiqah...hidup di atas muka bumi ini sebagai hamba ALLAH sahaja..yang berlaku biarlah DIA yang menentukan sama ada mahu menghukum atau pun tidak kerana DIA yang MAHA BERKUASA...BERSABARLAH...