Nov 29, 2011

WaNita IbaRat Sebiji Epal


~Gambar hiasan~

Perhatikanlah wahai Muslimah, bagaimana sepohon epal yang rendang.

Berbuah ranum. Kesemuanya berebut-rebut ingin cepat dipetik orang.

Malah banyak yang dengan sengajanya menjatuhkan diri sendiri ke tanah.

Namun, epal yang terbaik dan yang paling ranum akan kekal ditangkai.

Walaupun ada ketikanya ia risau tidak disunting mana-mana tangan manusia.

Ia kekal di tempat yang sepatutnya ia berada.

Hanya tangan yang bertuah yang akan mengambil yang terbaik.


(*><*) - Berharap diri ini dapat mnejadi solehah buat insan yang berhak dimiliki...

Sumber: http://akuislam.com

Nov 24, 2011

Merantau Mencari iLmu...


Ukhuwah Bertaut Kasih Disemai..
Tanda Ikatan..
Sebuah Persahabatan..
Semoga kasih yang di RIBAT
Menjadi Saksi... 
Bila Bertemu.. 
Menghadap Rabbul Izzati..
Salam Ukhuwah.. Salam Sayang..
Sayang Islam..

Assasalamualaikum....
Alhamdullillah...Bersyukur kehadrat Illahi kerana di beri peluang lagi untuk menghirup udara yang segar dan nyaman di atas muka bumi ini.Dan bersyukur juga kerana masih lagi menjadi khalifah dan hamba kepada pemilik alam semesta.Setelah sekian lama menyepikan diri dengan menghabiskan peperiksaan yang berbaki pada minggu lepas, diri ini mengikuti satu program mencari ilmu...satu program yang cukup membuatkan diri ini terasa betapa kerdilnya menjadi hamba kepada-Nya.."Ribat Camp'' yang bertempat di Sri Juluk, Naka selama 3 hari memberi banyak input-input yang bernilai kepadaku..Program yang banyak menyentuh tentang akidah,agama,aurat,Ukhuwah dan kasih sayang,Isu-isu semasa dan tidak ketinggalan kisah-kisah Nabi Muhammad S.A.W..semoga ilmu-ilmu yang ku perolehi selama 3 hari, akan ku manfaatkan dalam kehidupan seharian dan jika dengan izin dari-NYA akan ku kongsikan bersama orang di sekelilingku...


Nov 11, 2011

~Saat LaFaz Sakinah Sahabat~

Alhamdullillah..Bersyukur yang tidak terhingga buat Sahabatku, SoBiRoh SaBry yang sudah 100% menjadi milik seorang lelaki yang telah menjadi pilihannya.Kelmarin diri ini dan beberapa orang teman persekolahan bersama-sama dirinya berkongsi kegembiraan yang dimilikinya.Majlis upacara akad nikah dirinya di jalankan di sebuah masjid di kawasan Tanah Merah,Jitra.Jelas terpancar kegembiraan di wajahnya walaupun sedikit gementar.Selesai saat -saat lafaz sakinah oleh pemilik Tulang rusuk kirinya, kegembiraan di wajahnya makin terserlah lagi dengan keayuan dan kecantikan yang dimiliki olehnya.Akhirnya, seorang sahabat yang sama umur denganku telah bertukar status dan secara tidak langsung menjadi suri hati kepada pasangannya.Sepagi hari di majlisnya, diri ini turut gembira melihat kebahagiaan yang di kecapi olehnya ibarat bunga di pagi hari yang kian kembang mewangi..Dirinya dan pasangannya "bagai pinang di belah dua"..Bak kata pepatah melayu, "Sama Cantik,Sama padan"...



Heningnya sunyi suasana Lafaz Sakinah bermula...
Apa rasa di terjemah hanya sebak abah tangis ibunda...
Adalah aku wali puteriku...Serah kini amanahku ini padamu...
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta....Lebih dari yang ku berikan kepadanya...
Dulu esakannya sandar dibahuku...Tangisannya kini ku serah padamu...
bukan bermakna dia bukan milikku...Fitrahnya perlukanmu...
Jadilah dia wanita syurga...Mengerti benar akan maharnya...
taat itu bukan hanya pada nama..indah ia pada maksudnya...
Ku akur akan pesanmu...puterimu kini amanahku...
iringilah dengan doa...bahagia kami dari redhamu...




Nov 10, 2011

Gerbang Perkahwinan Sahabat...


Buat Sahabat Yang Bernama Sobiroh Sabry...


Assalamualaikum....
~Malam ini diri ini ingin berceloteh tentang Episod Kahwin.Topik ini ada kena-mengena dengan seorang sahabatku yang akan melangkah ke alam rumah tangga pada keesokan hari iaitu 11/11/2011-Jumaat-.Seorang sahabat yang dulunya sebagai rakan biasa sekarang diri ini dan dirinya menjadi lebih akrab selepas tamat alam persekolahan.Segala-galanya telah berubah dengan sekelip mata.Esok dirinya dengan rasminya akan bertukar status menjadi hak milik seorang lelaki yang telah ditakdirkan untuknya.Diri ini berasa gembira takkala mendengar perkhabaran darinya yang akan memasuki gerbang perkahwinan yang hanya tinggal beberapa jam lagi.Esok diri ini akan turut bersama melihat kegembiraan yang bakal terpancar di wajahnya pabila selesai upacara akad nikah...Semoga kebahagiaan miliknya...=)

Wahai sahabatku...
pada keesokkan harinya engkau akan memasuki gerbang perkahwinan. 
 Ku berharap engkau menjadi seorang isteri yang taat dan patuh kepada pemimpin rumah tangga mu kelak.



*Tahniah Sahabatku, Sobiroh Sabry...Semoga kekal sehingga ke Syurga Kelak.

Nov 8, 2011

-Tentang Cinta 1-

Cinta...
Disaat kita merasai cinta itu telah beransur hilang dari hati kita kerana kita tidak dapat  memberiakn cinta dalam wujud yang kita inginkan. Maka cinta itu sesungguhnya telah hadir dalam wujud cinta lain yang tidak pernah kita bayangkan sebelumnya.Seringkali yang kita di perlukan adalah memahami wujud perasaan cinta dari pasangan yang bukan mengharapkan kemewahan material semata.

Minat,suka,jatuh hati,jatuh cinta atau apalah namanya adalah sebuah kewajaran.Ia akan menjadi ladang pahala apabila diteruskan dan disemai dalam bingkai kata perkahwinan.Namun ia akan menjadi penghasil dosa yang luar biasa apabila hanya di bingkai dengan percintaaan dan berfoya-foya.Bagi mereka yang sudah bersedia berkahwin, maka carilah cinta indah anda dan milikilah ia.Namun bagi ana yang hanya ingin mencicip rasanya pada awal usia, sebaikknya pertimbangkan kembali niat anda kerana sudah banyak yang penat dan kelelahan kerananya.


Bagi Yang Masih Bujang
~Cinta ibarat kupu-kupu.Makin dikejar makin ia menghindar.Tapi bila dibiarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat yang tak terduga.Cinta dapat membahagiankanmu tapi sering pula ia menyakiti.Tapi cinta itu hanya istimewa apabila diberikan pada seseorang yang layak menerima.Jadi tenang-tanang saja, jangan terburu-buru dan pilihlah yang terbaik.

Bagi Yang Ragu-ragu Dengan Perkahwinan.
~Cinta bukan perkara menjadiakan seseorang itu sempurna.Akan tetapi ia perkara menemukan seseorang yang dapat membantumu menjadiakan diri sesempurnanya.


Bagi Yang Sudah Berkahwin
~Kalau cinta jangan katakan, "ini salahmu!", tapi "maafkan aku, ya?" bukan "kau di mana!", melainkan "aku di sini, kenapa?" bukan,"bolehkah kau begitu!" tapi "aku mengerti." Dan juga bukan "cuba, seandainya kau..." akan tetapi, "terima kasih ya, kau begitu..."

*Bersambung....


Nov 5, 2011

Assalamualaikum...


~Esok merupakan hari yang paling bermakna  iaitu Hari Raya Qurban dimana terletaknya satu kisah yang paling bernilai dalam sejarah Islam.Kisah yang di dukung 4 watak iaitu Nabi Ibrahim A.s dengan keikhlasannya... Nabi Ismail A.s Dengan kepatuhannya..Saidina Hajar dengan tawakkalnya...Dan Iblis Dengan hasutannya..

Esok juga merupakan hari di mana bermulalah penyembelihan lembu-lembu yang terpaksa di korbankan seperti mana yang terdapat dalam sejarah islam...


Disini, Saya sebagai pemilik blog ini ingin memohon berjuta-juta khilaf andai diri ini melakukan kesalahan...
Keikhlasan Hati Untuk Saling Memaafkan...Memberi makna berharga dalam kehidupan...Andai jemari Tak Mampu berjabat..Langkah kaki tak mampu untuk bertemu...Setidaknya kata masih terungkap..Setulus Hati Ini memohon maaf Jika ada Salah dan Silap.. 
Salam AidilaDha...


~tak tahu nak tulis apa lagi...~ 
~Rindu pada nama AhiNaz TinIqa...
Terima kasih kpd Sahabatku kerana ingat lagi pada nama tu..

Nov 1, 2011

PaBila RaSa LemAh ItU MenJenGah..


Memang, rasa lemah atau down itu kadangkala menyapa diri.
Ujian-ujian yang datang bertimpa-timpa, kadang kala membuatkan kita rebah dan tersungkur. Kadangkala, cukup satu ujian yang menerpa. Namun, beratnya sudah cukup membuat kita hilang arah.
Jika kita berjaya bangun, dan kembali menyusun langkah, alhamdulillah.
Namun, kadang-kadang kejatuhan yang kita alami itu seakan-akan merenggut segala daya dan upaya kita. Tenaga yang masih bersisa hilang entah ke mana, lantaran harapan buat hari esok yang semacam tiada. Lalu, masihkah ada sinar harapan buat kita bangkit kembali? Bagaimana kita menghadapinya?
Saya percaya, menyuruh orang bersabar tatkala diuji itu jauh lebih mudah, berbanding diri sendiri yang menghadapinya.
Benar. Memang tidak dapat dinafikan. Saya pun pernah berada dalam keadaan itu. Di kala, kata-kata motivasi yang kita sering laung-laungkan kepada orang lain juga ada masanya seakan tidak punya kesan terhadap diri. Keyakinan yang selama kita ini kita pegang pun mampu tergoyah kembali.
Harapan Untuk Bangkit
Maka di sini, kita dapat melihat kepentingan saling nasihat-menasihati kepada kebenaran dan kesabaran, yang ditekankanNya melalui surah al-Asr. Seringkali, kata-kata tulus mereka itu jualah yang menyembuhkan semangat diri.
Namun bukan itu yang saya mahu sentuh di sini. Dalam konteks diri kita sendiri, bagaimana seharusnya kita berdepan dengan ujian itu. Bagaimanakah caranya untuk kita memotivasikan diri sendiri?
Ok. Perkara ini kita perlu faham dengan jelas, supaya tatkala kita diuji nanti mudah-mudahan perkongsian ini turut mampu membangkitkan kita kembali.
Mulakanlah dengan bersangka baik kepada Allah dalam apa jua perkara.Ya, Bersangka baiklah. Yakinlah, Dia tidak menciptakan sesuatu ujian atau bencana itu, hanya dengan sia-sia. Pasti terdapat hikmah di sebalik peristiwa yang menimpa.
“Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” – [Surah Al-Baqarah, 2: 216]
Kemudian, sertai kepositifan tadi (bersangka baik) dengan bersabar.Kerana sesungguhnya, Allah itu berserta dengan mereka yang sabar. Dan kelak, kesabaran itu pasti akan membuahkan hasil yang bermanfaat. Agar kemudiannya kita merenung kembali hikmah yang Dia susunkan itu, sambil tersenyum.
Kesilapan kita. Ada masa kita silap. Kita rasakan yang kita ini sudah cukup kuat, bagaikan kita ini telah kebal dari sebarang titik-titik kelemahan. Kita rasakan bahawa kita mampu berdiri sendiri sehinggakan kita fikir semua ujian yang datang kepada kita itu, mampu untuk kita selesaikan seorang diri.
Tidak. Saya tidak salahkan kemahuan kita untuk hidup berdikari. Namun, kita sering lupa bahawa hakikatnya, kita ini hanyalah makhlukNya yang serba lemah dan kekurangan. Mampukah kita menanggung semua ujian itu dengan sendirinya tanpa sebarang bantuan?
“Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, kerana manusia diciptakan (bersifat) lemah.” – [Surah An-Nisa', 4: 32]
Ya. Manusia itu sifatnya tidak akan mampu berdiri dengan sendirinya; jika tidak dia memperoleh kekuatan itu dari Allah.
Bukankah ujian itu datangnya dari Allah? Maka, kepada siapa lagi harus kita kembalikan jika tidak kepada Dia Yang Maha Kuasa?
Namun, silapnya pada kita. Kita sering menyombongkan diri untuk bersimpuh memohon pertolonganNya. Kita merasakan diri kita sudah lengkap sempurna. Kuat, berkuasa. Sedangkan hakikatnya, kita sedikit tidak punya daya jika Dia tidak mengizinkannya.
Credit to..Diri Sendiri..Jgn Berputus Asa.Teruslah Berjuang..@_@