May 5, 2012

Memori di kelantan...




salam sahabat semua.Alhamdullillah masih lagi di beri nikmat
untuk terus menghirup udara yang segar di bumi yang penuh dengan ujian dan dugaan yang bakal ditempuh pada hari esok, lusa dan hari-hari yang akan mendatang.Pagi tadi diri ini bersama seorang sahabat selamat tiba ke negeri tercinta "KEDAH" pada pukul 4.30pagi.Percutian ke kelantan selama 5 hari begitu menghiburkan dan menyeronokan.Negeri yang penuh dengan suasana islamik begitu membuatkan diri ini tertarik dengan kehidupan disana.Orang kelantan disana semua baik-baik belaka, penuh dengan sifat kesederhanaan dan pemalu.Mereka cepat mesra dengan orang ramai.5 hari disana terasa seperti sehari sahaja.Pengalaman disana akan ku abadikan didalam kotak kenangan manisku bersama sahabatku Nur Syazwana dan yang paling penting Cik Tuan Rumah Maryam Jamilah kerana menjemput kami ke kelantan serta memberi kami tempat penginapan yang selesa.



















~sampai ja dirumah, adik bg Keychain bus Double-Decker..
ole2 dari london oleh sepupuku..~




No comments:

Post a Comment