Oct 30, 2012

Bingkisan Rindu for Memories 09

Salam pertemuan lagi buat sahabat-sahabat blogger sekalian.Alhamdulillah sudah selesai 3 paper untuk final exam sem ni, sekarang hanya berbaki lagi 2 paper lagi iaitu madah Tarikh Adab dan ilm al-aswat. madah tarikh adab memang madah yang paling killer sekali untuk aku bagi sem ni.Takut juga aku nak jawab madah ni pada 6/11/2012.Harap-harap aku boleh score la. Bagi madah Ilm al-aswat pula, setakat ni masih stabil lagi sebab semua sub-topiknya aku faham.so boleh la goreng-goreng sikit guna ayat sendiri nanti.


Gambar semasa Jamuan


Ni la coktail yang Budak puteri Sajikan..

Sebenarnya post aku kali ni bukan sebab nak story-story about madah exam aku.Tapi aku nak story tentang kenangan lama aku yang sekarang ni benar-benar aku kangen sangat-sangat.Tetiba hati ni merintih kerinduan pabila mata mula menatap gambar masa jamuan last form 5 di group Cohort 92 di facebook.Time tu memang gempak dan terbaik la bagi aku dan kawan-kawan yang lain sebab kami dapat mempersembahkan hasil-hasil kreatif kami buat tatapan guru-guru yang disayangi terutamanya tentang makanan. Masyaallah makanan masa tu memang cukup menyelerakan mulut untuk merasainya sehinggakan  perut sudah tidak larat untuk memasukkan apa-apa lagi makanan.Makanan yang kami hidangkan masa tu ialah Nasi dari hasil tangan ayah  Hasanah(nasi ni memang sedap gila bagi aku, sampaikan sekarang ni aku ingat-ingat lagi bagaimana kesedapan nasi dan lauk-pauk ayah sanah), BerBBQ makanan sejuk beku, coktail, kek, makanan-makanan ringan dan lain-lain lagi. Ni sahaja makanan yang aku dapat review semula.Antara menu-menu di atas, menu Coktail la yang paling jadi tarikan masa tu.Coktail tu hasil air tangan aku dan kawan-kawan.Tak sangka aku, coktail tu la yang paling di minati antara menu-menu yang lain sampaikan ada kawan-kawan yang tidak sempat untuk merasainya..Sambil guru-guru menikmati makanan yang enak itu,Masa jamuan tu, kami tayangkan  video sepanjang kehidupan kami di bumi Maahad.Ada 3 video semuanya.Dan kesemua video itu aku ada sehingga sekarang buat pengubat rindu pada bumi Maahad tercinta.Dan sehingga detik ini juga aku benar-benar rindu pada kenangan semasa sekolah menengah terutamanya masa jamuan terakhir bagi form 5..
Puteri2 Maahad 92

Putera2 Maahad 92
~Benarlah kata orang.."semasa di sekolah hati merintih-rintih ingin menghabiskan sisa-sisa persekolahan..tetapi pabila sudah memasuki alam universiti, fikiran mula mengingati kenangan-kenangan semasa alam persekolahan dan alangkah bahagianya hidup jika dapat kembali semula pada masa persekolahan kerana persekolahanlah yang mengajar kita erti perkenalan dan persahabatan.Semasa di alam universiti ia mengajar kita erti hidup berdikari  tanpa bergantung kepada sesiapa dan alam ini juga yang kana mendedahkan kita pada kehidupan dunia luar dalam kita mengejar matlamat dan cita-cita kita untuk kehidupan yang menyenangkan pada masa hadapan.."~
Akhir kalam, setakat ini sahaja bait-bait kata aku untuk lambaian kali ini.Jumpa lagi di lain waktu dan masa.Now, mahu fokus pada exam.Nanti bila-bila waktu jika tak sibuk, aku muncul lagi...hehehe.^_^

Disini aku sertakan resepi coktail tepung kastard masa jamuan aku dulu...

Bahan2nya
1-Tepung kastard
2- 4 cawan air
3- Gula 
4- Nata de coco
4- Susu pekat/susu Ducth lady/susu cair & air soya

Cara buat puding kastard
- masukkan tepung kastard kedalam periuk bersama air dan masak di atas api. Kacau dengan sebati dengan api yang sederhana sampai pekat dan melekat.
- bila dah pekat, tutup api dan masukkan ke dalam acuan ketika masih panas.
-kemudian masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan sehingga ia beku.


Cara buat kuah coktail
- Bancuh susu pekat sehingga dapat rasa manis. Atau pun nak senang guna ja susu ducth lady.Tak pun guna ja susu cair.jika guna susu cair tambah satu kotak air soya untuk menyedapakan sedikit rasanya.

*Kemudian keluarkan puding kastard dan potong kecik-kecilan dan letakkan ke dalam mangkuk untuk di hidangkan.lepas itu masukkan nata de coco dan letakkan kuah coktail yang telah di bancuh tadi.Kalau nak lagi sedap tambahkan buah-buahan coktail yang di dalam tin.Coktail ini sedap di makan pabila sejuk.


~Selamat Mencuba~


2 comments: