Oct 16, 2012

Sweet 20



"Awan Berarak Ceria,Tiada Titisan Hujan
Pohon Melambai,Tanda Sokongan
Kususuri Perjalanan,Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirmu Sahabatku
Dedaun Berguguran,Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
Namun Cukup Bagiku,Sekadar Ucapan
Selamat Hari Lahir
Iringi Doa Kuhulur,Bersyukur KepadaNya
Atas Nikmat Usia
Sahabatku
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir
Usiamu Ibarat Mutiara,Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi"

Allahamdulillah...bersyukur yang tidak terhingga kerana masih lagi bernafas di atas muka bumi ini sebagai khalifah dan hamba kepada-NYA. Detik 12/10/2012 akhirnya aku telah menjejaki ke alam dewasa iaitu alam 20-an.Terima kasih buat sahabat-sahabat yang dikenali dan tidak di kenali(di facebook) yang sudi mengucapakan "selamat hari lahir", "sanah Helwah" dan "happy birthday" kepada ku.Teristimewa juga buat keluarga tercinta yang turut mengucapkannya.Buat Teman seperjuangan "Nur Syazwanna" dan Nur Azyan" yang sudi meluangkan masa untuk membuat kejutan menyambut hari lahirku. 
          
Sedar tidak sedar sekarang umur ku sudah mencecah 20 tahun.Terasa bagaikan semalam aku baru dilahirkan oleh seorang wanita yang sangat teristimewa di hati ku iaitu Ibu yang tidak jemu-jemu untuk membesarkan anak perempuan  sulung  dan banyak kerenah ini.Kehidupan semasa menjadi kanak-kanak bagaikan terasa di benak fikiranku.Cepatnya masa berlalu, akhirnya hasil didikan Ayah dan ibu sudah bergelar seorang anak remaja yang dewasa yang memerlukan kematangan dan sifat berdiikari untuk terus menempuh onak dan ranjau kehidupan pada masa hadapan.


        

No comments:

Post a Comment