Nov 30, 2012

Duhai Sahabat


Duhai SAHABAT :)
Sahabat2 di Maahad dulu

Dalam meniti laluan kehidupan...
selain ♥ ibu bapa ♥ dan keluarga...
sahabat adalah antara insan penting dalam hidup kita... :")

Di sebalik kejayaan kita pada hari ini...
Ada sahabat yang setia menyokong dari belakang...
Menolak kita supaya terus ke hadapan...

Sahabat...
Dikau banyak peranan dalam hidup ini...
Kata orang...
Sahabat itu byk mmberi impak positif dlm diri kita...
cuba bayangkan...
cuba gambarkan...
saat mula2 kita mula berkawan...
segalanya bersama...makan sepinggan, tidur sebantal, lari jatuh, bangun semula, kongsi ilmu dan semangat tika exam...sweet kan ??? ^____^

Hidup indah di kala persahabatan itu erat...
Hidup berseri di kala ukhuwwah itu kian menyinari...
Sesiapapun kita pd hari ini...

ayuh !!! jangan lupa SAHABAT kamu :)

:::selama ini ku mencari-cari...
teman yang sejati...
buat menemani perjuangan suci... ::: ♥

sayang sahabat fillah :)

Sahabat2 di Maahad 
"Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati."
Sahabat2 di kuin
~susah senang bersama~
***Bersahabatlah kerana ALLAH,pasti indah perhubungan itu. Bersahabat juga tidak terlepas daripada berselisih faham, kita lah yang harus bijak menangani masalah itu. Jangan sampai terputus silaturrahim ini. Sahabat, maafkanlah setiap kesalahan sahabat-sahabatmu. Memohon maaf terlebih dahulu bukan bererti kita kalah atau salah tapi demi menjernihkan keadaan,tidak salah kan kalau kita tolak ego kita ketepi.***

Nov 25, 2012

Segmen : Saya Mahu Direview by Nurul

Hari yang ceria untuk hari ini.Mood untuk hari ini juga happy je walaupun hati berdebar-debar menunggu result exam yang akan keluar pada hari khamis nanti.Moga-moga natijahnya nanti tidak mengecewakan.Hari ini juga, hati tergerak nak join segmen yang di lancarkan di Blog Cik Nurul yang bertajuk "Saya Mahu Direview by Nurul". 
Ini lah kali pertama join segmen yang di lancarkan oleh bloggers.Lain kali boleh join lagi.


Jom Join segmen ni!!!


    Kalau Nak join Klik Banner Di Atas

    *Due Date: 25 November 2012 ----> 2 December 2012


    Design blogs


    Hai semua bloggers-bloggers sekalian.Pada waktu petang yang angin bertiup sepoi-sepoi bahasa ini, barulah aku sempat untuk meng-update blog yang tidak dapat untuk ku updatenya atas kesibukkan dengan kenduri yang berlangsung di rumah nenekku dekat kampung.Minggu lepas juga aku sempat menghabiskan masa + tenaga + otak untuk berfikir bagaimana mahu men'design' blog yang di requestkan oleh kenalan kepada kawan aku (Diana).Blog aku & Diana sempat juga aku men'design' kembali supaya lebih kemas+ceria+sedap mata memandang.
    • Mula-mula aku proses blog kawan Diana dahulu.Blognya diberi nama  Nota Hati.Theme yang direquest warna biru + muslimah..Siap complete dengan headernya sekali. Nak tau, Jom tekan sini (Click Here)
    Header Blog Kawan Diana
    • Lepas design blog kawan Diana, aku mula memproses blog Diana pula.Dia pun nak macam blog kawan dia juga.Almaklumlah, jeles sebab cantik sangat (Ayat perasan).Blog Diana nama Ajaibnya Cinta Diana.Nama blog yang sungguh unik dan menunggu keajaiban yang akan mewarnai hidupnya kelak.Diana request kat aku warna pink belacan.So, aku pon design la header + body berbagai untuk dia.Nak tengok, Jom tekan sini (Clik Here).

    Header Blog Diana

    • Akhir sekali, aku proses blog aku pula.Tak aci, Blog Diana & kawannya dah berubah wajah.Aku pon nak juga.So apa lagi, malam tu juga blog aku bertukar wajah.Dalam masa sehari aku habiskan masa bersama Mr.Lappy yang banyak berjasa kepada aku dengan men'design' 3 blog complete bersama headernya sekali.Tema blog aku warna hijau sebab aku ni memang peminat tegar warna hijau dan disebalik warna hijau ada kisah yang membuatkan aku benar-benar lagi menyukainya.Biarlah kisah itu menjadi kenangan untuk aku terus bersemangat untuk menghadapi hari-hari yang akan mendatang yang penuh dengan ujian dan cabaran yang perlu untuk aku tempuhinya nanti..

    Header Blog aku A.K.A blog Cahaya Hati Nazieqa

    # Credit to Amalina Suhaimi 
    -coz kongsikan tutorial blog kepada aku.
    Aku design blog semua berpandukan blognya.Thanks Amalina..

    # Credit to Cikelyana 
    -coz kongsikan doodle scooter tu kepada aku.
    Cute sesangat doodle awak..
    Thanks cikelyana kerana doodle awak menjadi penyeri untuk blog saya..

    *Kerana Andalah saya dapat mempelajari ilmu tentang cara untuk men'design'kan blog.
    I'm very apppreciate it.


    Walau Sehebat Mana Pun Kita...


    Seseorang yang terukir senyuman manis di wajahnya di hadapanmu
    Sesungguhnya saat ia bersendirian hatinya terukir dengan kedukaan dan kesedihan
    Seseorang yang hilai tawanya menceriakan dan menghiburkan di hadapanmu
    Sesungguhnya saat ia bersendirian ia menangis keseorangan memuntahkan segala penderitaan yang menyiksakan

    Seseorang yang lidahnya petah berbicara meriuhkan keadaan di hadapanmu
    Sesungguhnya saat ia bersendirian lidahnya sepi membisu membungkam kesepian 
    Seseorang yang sentiasa memberi kata-kata semangat di hadapanmu
    Sesungguhnya saat ia bersendirian dia juga mencari punca menyuntik semangat dan keyakinan
    Seseorang yang kelihatan begitu gigih dan sabar di hadapanmu
    Sesungguhnya saat ia bersendirian ia acap kali terjelepok jatuh tersembam ke bumi dalam mengumpul kekuatan  

    Seseorang yang meringankan tangan membelanjakan wang sakunya di hadapanmu
    Sesungguhnya saat ia bersendirian dia akan mengikat perut  menyimpan perbelanjaan diri untuk kehidupan 
    Seseorang yang begitu rasional dalam berdepan sebarang keadaan  di hadapanmu
    Sesungguhnya saat  ia bersendirian adakalanya emosi mengatasinya di dalam membuat sebarang keputusan
    Seseorang yang memberikan segala kudrat tenaga untuk memudahkan urusan harianmu
    Sesungguhnya saat ia bersendirian sering kali jasadnya mengeluh dan mengadu kesakitan

    Demikianlah kita
    Walau sehebat mana di hadapan manusia
    Saat kita bersendirian
    Kita juga perlukan sokongan
    Saat kita memberi harapan
    Hakikatnya kita juga inginkan dorongan
    Saat kita keseorangan
    Kita juga inginkan kekuatan
    Kerana kita hanyalah manusia biasa
    Punya kekurangan dan kelemahan
    Walau sehebat mana kita
    Kita perlukan Tuhan!
    • #Copy & paste at I ♥ Islam

    Nov 17, 2012

    Terkedu...

    Terkedu seketika pabila seorang sahabat yang bertanyakan satu soalan yang benar-benar membuatkan Dia tersentak.Soalannya berbunyi,
     " Bila Enti  nak jumpa dengan orang yang sayang enti pula?? Ana dah jumpa dah orang yang sayang ana..atau maksud lain seorang lelaki yang ajnabi.." 
    Ayat tu sungguh menyentapkan jiwa Dia. Soalannya tidak biarkan begitu sahaja.Dia berusaha juga untuk menjawabnya.Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, dia menjawab soalan itu, 
    "saya erk!!! entah ler...akan tiba masanya juga nanti...insyaallah ada la nanti siapa org yg sayang saya..cepat dan lambat ja.hanya mampu berdoa.Awk sabar untuk lihat siapa orang nya yer...Sekarang ini, sedang mentarbiahkan diri agar menjadi seorang yang solehah.Lagi pun sekarang ni banyak lagi perkara lain yang nak di kejar".
    Itulah serba sedikit perbualan dia dan seorang teman.Selepas dengan apa yang terjadi dengan masa lalu, dia dengan rela hati ingin melupakan dengan apa yang terjadi.Biarlah DIA sahaja yang menentukan takdirnya dengan siapa.Bukan dia tidak mahu ke arah itu, tetapi bila melihat keadaan rakan-rakan yang lain yang sibuk mengejar cinta manusia, hati nya mohon untuk tidak ke arah itu.Bohonglah dia mengatakan dia tidak punya perasaan itu tetapi biar lah keadaan kehidupan nya masa ini, sebegini rupa.Dia bebas untuk melakukan perkara-perkara yang dia suka yang tidak menyimpang ke jalan-NYA.Dia juga sekarang ini sedang menjaga hati agar tidak terkena virus-virus yang semakin menular dalam kalangan remaja.Walaupun dia tidak berkawan dengan mana-mana lelaki,dia bersyukur sangat-sangat kerana tidak mempunyai masalah hati yang menyebabkan dia terlalai dengan dunia cinta,sedangkan rakan-rakan seusia dengannya sibuk mencari kenalan. Pada dia, biarlah dia berkenalan dengan ajnabi dengan cara yang betul melalui orang tengah pada masa yang akan tiba entah bila dia pon tidak tahu.Hanya mampu berserah dan berdoa pada Pemilik Cinta Yang Hakiki.
    ~♥ Percayalah..Tiba masanya nanti akan muncul orang yang 
    istimewa yang betul-betul sayangkan kita...
     Jadi kita kena sabar.. Tak rugi tunggu orang yang ISTIMEWA itu... ♥~


    Nov 16, 2012

    Pray For GAZA

    FIRMAN ALLAH : 

    APABILA HAMBA-HAMBAKU BERTANYA TENTANG DIRIKU,SESUNGGUH AKU DEKAT.AKU KABULKAN PERMOHONAN ORANG YANG BERDOA APABILA DIA BERDOA KEPADAKU. HENDAKLAH MEREKA ITU MEMENUHI PERINTAHKU DAN BERIMAN KEPADAKU, AGAR MEREKA MEMPEROLEH KEBENARAN. (2:186)

    Dengan ini, Saya ingin mengajak, memanggil dan menyeru sahabat -sahabat semua untuk mendoakan agar bumi palestina,bumi gaza dan bumi syria mendapat kebebasan dan kemenangan.. berdoalah untuk mereka walau dalam apa jua keadaan,seperti membaca doa sebelum dan selepas makan, membaca doa sebelum tidur,membaca doa sebelum masuk dan keluar tandas,dan doa amalan seharian,selitkan doa untuk saudara-saudara seakidah kita. cukuplah sekadar membaca :
    Ya ALLAH ,BANTULAH UMAT ISLAM,DI SETIAP TEMPAT ,DI SETIAP MASA DAN SELURUH NEGARA ISLAM.. AMIIN..

    # -----> Gaza memang tak kuat, tak ada senjata sehebat Israel, tak ramai tentera seramai Israel, tetapi mereka masih ada Allah. Ya Allah :'( Pray For Gaza T____T


    Nov 4, 2012

    Jom Review(1)



     Hujan Turun dengan lebatnya membasahi bumi dengan memberi berjuta rahmat buat hambanya yang benar-benar menghayati apa ertinya DIA menurunkan hujan.

    ``、、`、、ヽ、ヽ、ヽ、ヽ、ヽ、ヽ、ヽ、ヽ、ヽ 、ヽ`、ヽ`
    、`、、ヽ`、ヽ 、ヽ`、ヽ`、ヽ ヽ`、ヽ、ヽ、ヽ`、ヽ、ヽ`
    、ヽ`、ヽ`、`、、 ヽヽ、ヽ (“.)`、`、、ヽ`、ヽ 、ヽ`、ヽ
    ヽ`、ヽ、ヽ、ヽ`、ヽ、ヽ``/█\.ヽ 、ヽ`、ヽ、ヽ`、ヽ 、ヽ`
    ヽ`、ヽ`、`、、 ヽヽ、ヽ`_||_`、、|̲̲̲͡͡͡ ̲▫̲͡ ̲̲̲͡͡π̲̲͡͡ ̲̲͡▫̲̲͡͡ ̲|̡̡̡ ̡ ̴̡ı̴̡̡ ̡͌l̡ ̴̡ı̴̴̡ ̡l̡*̡̡ ̴̡ı̴̴̡ ̡̡͡|̲̲̲͡͡͡ ̲▫̲͡ ̲̲̲͡͡π̲̲͡͡ ̲̲͡▫̲̲͡͡ |▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓

    Tempat anda hujan? Berdoalah seperti dalam hadis :

    Allahumma soyyiban nafi'a -
    Maksud : Ya Allah, jadikanlah ia hujan yang bermanfaat.(HR Imam Bukhari)



    Jom Kita Review untuk hari ini..



    7 GOLONGAN MENDAPAT NAUNGAN ALLAH

    1- Pemimpin yang adil

    2- Pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah

    3- Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid

    4- Dua orang yang cinta-mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah

    5- Lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta kaya untuk melakukan zina, lalu ia menjawab "Aku takut kepada Allah"

    6- Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang di beri oleh tangan kanannya

    7- Seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.