Feb 28, 2013

Contest : "Sehijau Warna Daun" By QF

>TEKAN BANNER UNTUK JOIN<

Assalamualaikum,Hai awak Cik pencipta segmen "Sehijau Warna Daun".Selamat berkenalan yer.
Terimalah buat tangan dari CHN iaitu sekeping gambar yang berwarna HIJAU.Hanya ungkapan maaf yang bisa CHN katakan.CHN hanya punya gambar ini sahaja yang berwarna hijau.Puas mencari di dalam Lappy kesayangan ni.Harap-harap gambar ini tidak direject yer..

*Gambar ni diambil semasa Himpunan Hijau yang diadakan
di Stadium Darul Aman,Alor Setar,Kedah tahun lepas.
CHN bersama kawan-kawan ikut serta dalam himpunan
ini sehingga malam.Inilah kali pertama CHN turun padang join program yang macam ni.

♥ Hijau pada CHN memberi makna sejuta ketenangan jiwa , kedamaian,  kesegaran dan kebahagiaan.Hijau merupakan warna yang  sentiasa melekat  di hati dan jiwa CHN.Bak kata, warna hijau ni memang warna favorite CHN la.

♥ Warna Hijau dalam islam & Al-quran merupakan warna yang penting.Warna "Hijau" adalah warna syurga dan warna yang disukai oleh "Pemilik Sekalian Alam" iaitu "DIA YANG MAHA BERKUASA".DIA  mencipta warna itu sendiri sehingga menghiasi syurga dengan warna "HIJAU". Hijau juga merupakan warna kegemaran Rasulullah SAW.
Maksud ayat : “Mereka di dalam Syurga memakai pakaian HIJAU yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman ( yang lain) yang bersih suci.”Surah Al-Insan : Ayat 21


♥ Di dalam dunia ini, kebanyakkan siMbol-simbol keislaman adalah berwarna Hijau.Betapa indahnya warna Hijau pada pandangan ALLAH.Oleh itu, warna Hijau mampu menjadikan pandangan mata kita nyaman dan selesa.

♥ Disebalik warna hijau pada CHN juga, merupakan warna yang sangat mempunyai kenangan yang sukar CHN lupakan.Warna "Hijau" ini membuatkan CHN bertemu dengan seseorang sehinggakan CHN admire seseorang itu sehingga sekarang.Hehehe..Siapakan seseorang itu??Adakah anda??Hanya CHN dan DIA sahaja yang mengetahui.Semua itu biarlah menjadi rahsia di hati lubuk sanubari CHN.Ceewahh, Ayat bukan main lagi..he3..


Okeylah, penat sudah CHN berceloteh.Setakat ini sahaja yang CHN mampu karangkan.Selamat bersegmen buat anda semua dan Good Luck yer..

♥ HIJAU TETAP DIHATIKU♥


2 comments:

  1. thankz join ye CHN..salam perkenalan jugak.. =)

    ReplyDelete
  2. Singgah jenguk sini. Dari segmen yang sama. Jom jenguk balik :)

    http://chumellcute.blogspot.com/2013/02/contest-sehijau-warna-daun-by-qf.html

    ReplyDelete