Mar 28, 2013

Shopping Guna Baucer Buku with Adik-adik

 
Hai semua.Maaflah CHN tidak dapat buka blog sejak dua tiga hari yang lalu disebabkan perkara-perkara yang perlu di utamakan terlebih dahulu.Hari isnin yang lalu, CHN membawa adik-adik CHN menghabiskan baucer buku (BB1M) adik CHN yang tingkatan 6 di Popular Bookstore.2 jam di popular menghabiskan RM250 dan dapat bonus dari popular yang bernilai RM50 serta ahli kad popular selama setahun.Banyak benda yang adik-adik CHN beli.CHN tumpang menengok dan memilih alat tulis dan buku untuk mereka.Seronok tengok mereka memilih barang-barang.Almaklumlah, teruja nak membeli belah tanpa perlu mengeluarkan duit.


Lepas ja balik dari shopping di popular, CHN terkejar-kejar ke kelas Nahu pukul 3.00.Penat juga la sebab cuaca terasa membahang dek terkena pancaran cahaya matahari yang boleh tahan juga rasanya.Lepas kelas, CHN dan kawan baik CHN pergi penuhkan tangki perut dengan makan RFC di Shahab Perdana.Murah je CHN makan.Under RM10.Lepas makan, CHN teman kawan CHN pergi membeli barang di pasaraya Longwan yang murah harganya.Almaklumlah, CHN masih student lagi.Tak mampu nak beli di kedai yang mahal-mahal.Duit yang ada ni pun duit hutang Ptptn je yang banyak.hehe..

Hari selasa pula, CHN dapat baucer buku pula.Kali ini lambat pula CHN dapat baucer buku sebab 5 minggu cuti mid sem.So, pihak pentadbiran tak dapat nak mengeluarkan baucer buku sebab semua pelajar sedang bercuti di kampung masing-masing.Banyak juga buku yang CHN nak beli.Dah buat list dah buku yang dah lama CHN impikan.Keperluan alat tulis semua CHN nak beli siap-siap untuk exam dan untuk stock nak bawak pi kuala ketil sem depan.Almaklumlah, manfaatkan baucer dengan sebaik-baiknya.

Okeylah, setakat ini ja yang mampu CHN celoteh.Penat sudah jari menekan keyboard.Minta maaf kepada bloggers yang melawat dan tinggalkan jejak di blog CHN.Buat masa ni CHN sibuk sikit dengan exam-exam dan  kerja-kerja persatuan.Insyaallah, bila ada masa, CHN akan melawat anda semua kembali yer.Untuk segmen dan giveaway pun CHN tak sempat nak promote.Mohon maaf yer buat penganjur sponsor sebab CHN kurang promote segmen dan giveaway anda.Semoga segmen dan giveaway anda semuanya berjalan dengan lancar dan berjaya yer.




Menunggu kedatangan ayah sambil makan donut
Antara barang yang dibeli.
Masih ada lagi barang yang tidak sempat di ambil gambar
yang masih berada dalam plastik popular.


Nasi Ayam and Bubur Ayam RFC








1 comment: