Apr 28, 2013

Oh Shafawi Quran Esok...

Peneman CHN sejak dari Maahad lagi..

Hai semua.Selesai solat maghrib dan membaca al-quran sebentar tadi, CHN buka facebook untuk menjenguk seketika notification yang penting.Tiba -tiba terasa untuk mengupdate blog.So, tangan ni ligat log in blog.Hari ini rutin pengajian CHN tidak lah padat macam selalu.Hari ini juga CHN ada 2 exam shafawi iaitu subjek Usul Fiqh dan Nahu.Alhamdulillah, CHN dengan senang hati boleh jawab walaupun buka buku last minit.Keluar dari bilik lecturer ada kawan tegur "Hai tiqah, senyum sampai ke telinga nampaknya, mesti boleh jawab nih".(Alhamdullillah itu lah yang terkeluar dari mulut CHN).

Mula mengingati semula juzuk 2...

Malam ni aktiviti CHN hanyalah memghafal dan mengingati ayat-ayat al-quran kerana esok CHN ada exam shafawi kubra' pukul 2 petang.4 juzuk kena hafal dan ingat.Bayangkanlah juzuk 1 dan 2 CHN hafal masa sem 1 dan 2.Sekarang ni CHN dah berada di sem 4.Lama sudah CHN tinggal.So, setiap sem CHN kena hafal 1 juzuk.Ohhh nooo!!! Banyak nya.Itulah sapa suruh tak peringat selalu.Kan dah banyak yang lupa dan kena ingat balik.Kawan-kawan bloggers doakan CHN yer.Okey lah setakat ini sahaja CHN mampu taip.Now, CHN nak tunggu azan insya' dan lepas tu fokus untuk exam shafawi esok.Daa..











1 comment:

  1. jom komen kat sini , sya masuk ga komen terbanyak ...
    help jom .

    http://elsaulfahdotnet.blogspot.com/2013/04/blogging-contest-by-tumtumshop.html

    ReplyDelete