Aug 2, 2014

Sibuk lagi???

 
Hai semua...apa khabar? Sebelum Chn memulakan cerita panjang lebar Chn, eloklah Chn mengucapkan "Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Zahir" dahulu buat warga blogger yang mengenali Chn sama ada secara langsung mahupun tidak.Lama kan Chn tak update blog.Last update pun pada 18 Jun 2014.Agak lama la juga kan.

Kalau korang perasan kan, asal Chn update blog ja mesti Chn akan bagi tau yang lama dah blog Chn ni dipenuhi sawang-sawang.Bukan setakat sawang-sawang ja, habuk-habuk dan debu-debu pun makin bertambah.Chn minta maaf yer.Bukan sengaja biarkan blog ni sepi tapi serius Chn tak sempat nak belek-belek blog ni sekarang.Kekadang ja bila terasa nak tengok blog, Chn akan tengok. Tambah-tambah sekarang ni tanggungjawab Chn terasa berat sangat..

Banyak sangat yang perlu Chn fikirkan dan laksanakan.Chn sekarang ni terlibat 100% dengan persatuan Kuliyyah dan jawatan yang di taklifkan kepada Chn amatlah penting.Semua benda dan kerja Chn kena fikirkan dan uruskan.Kalau leka sedikit saja, habis anak-anak buah tak tahu apa.Jadual harian pun padat sedikit dengan kelas-kelas lagi. Tambah pula, sem ni jam kredit Chn banyak sedikit.So kena strunggle dan kuat.

okeylah, dah tak tahu nak menaip apa lagi..nanti bila-bila free Chn update lagi ya..doakan Chn tabah dan kuat untuk menempuh hari-hari yang mendatang okey..

Nasihat untuk Diri Chn..Jangan cakap kita kuat. Kalau ujian yang disapa Tuhan pun masih lemah longlai untuk kita terima.








Jun 18, 2014

Ber "Tumblr" pula..

 
Hai semua? Pa Khabaq? Harap-harap molek-molek la noh..okey, hari ni terasa nak menaip entry baru walaupun tak dak cerita yang best pun nak kongsi.Saja suka-suki nak memenuhkan ruang-ruang yang kosong dalam blog ni..Sekarang ni Chn dah pandai Ber"TUMBRL" tau..hehe..Saja la hari tu tak dak kerja nak buat, so Chn pun godek-godek la tumbrl dan sign up.

Ni la Tumblr..

Tahu tak Tumbrl tu apa? 
Tumblr nih merupakan suatu platform atau medium bagi 'mocroblogging' yang mana semakin mendapat tempat dan perhatian di arena blogging.Tumblr memiliki tampilan dan fungsi yang simpel, sederhana dan mudah digunakan. Disini, Anda akan sangat mudah memposting sesuatu berdasarkan jenisnya seperti teks, gambar,video dan sebagainya.

Bagi Chn la kan, tumbrl ni best sangat sebab ada banyak gambar-gambar islamic yang cantik-cantik dan boleh bergerak, kata-kata yang menarik dan blog yang sangat ringkas dan comel.Kita just Reblog ja kata-kata or gambar yang kita suka dari post orang masuk tumblr kita..Setiap hari mesti Chn akan godek-godek tumblr ni melalui handset untuk baca dan ambil kata-kata yang menarik untuk dijadikan panduan diri sendiri.Secara tak langsung dapat menjadikan terapi untuk kita bermuhasabah diri.

okey la setakat tu yang mampu Chn menaip..tak dak idea dah nak tulis..daa..^_^

ni la tumbrl Chn..boleh la follow Chn..
Bingkisan Hati Mujahidah

 mungkin ada banyak benda yang tak terungkap itu,
lebih baik tersimpan tak diluah,
kerana mungkin ada hikmah dan sebab,
ALLAH menjadikan ianya sukar untuk diluahkan.








Jun 16, 2014

Secebis Kalam #2

 

Ya Allah, rawatlah luka ini dengan cahaya cintaMu, agar aku tidak terus dibuai mimpi palsu.. Aamin

#sumber : Tumblr




Jun 12, 2014

Secebis Kalam #1

 
"Tiada siapa tidak pernah lalui fasa kejahilan."

# Namun tidak pernah ada kelewatan dalam Memohan Keampunan dan membaiki kesilapan yang lalu..inshaAllah.. Sesungguhnya Allah itu Maha Penerima Taubat.. ~ 


~Hati2 dengan perkara dosa yg sering kita amalkan kerana kelak menjadi amalan..
Moga Ramadan yg akan datang menjadi lebih berMakna..inshaAllah..
Salam Nisfu Syaaban..~








Jun 11, 2014

Setelah Sekian Lama..akhirnya..

 
Hai semua..Lama kan blog ni sunyi tanpa sebarang cerita @ update apa-apa.Maaf ler sebab Chn selalu sahaja sibuk dan tidak sempat nak menaip.Sekarang Chn sedang cuti semester selama 2 bulan..1 bulan Chn terbang ke Kuala Lumpur.Jadi orang KeyyEll sekejap.Lepas ja exam final semester habis pada 2 Mei 2014, malam tu terus Chn naik bas dengan kawan-kawan untuk ke Kuala Lumpur demi untuk pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.Memang Chn dah lama dah teringin nak pi.akhirnya tercapai juga.

Ni la 2 orang kawan Chn yg ikut pergi PBAKL 2014..
Diorang ni dah pangkat kakak dh..
With kak Hasanah..orang vietnam..
with kak basyirah..
Hasil Chn membeli belah...

Then, selepas pergi Pesta Buku, Chn pergi rumah sepupu Chn di Damansara Damai.Sepupu Chn call minta Chn ajar anak-anak dia subjek bahasa arab & agama. Kira macam buat tuisyen la untuk anak-anak dia.Sepupu Chn ni Chn dah anggap macam kakak Chn ja disebabkan Chn anak sulung dan tak ada kakak.Jadi kami ni rapat la.Sejak Chn kecil lagi, memang sepupu Chn ni selalu beli macam-macam barang dekat Chn n adik-adik.Sampaikan masa sepupu Chn belajar dekat Uitm. Shah Alam dulu pun, dia siap bawa gambar Chn letak dekat asrama.Sehinggakan ada kawan sepupu tanya, sepupu Chn cakap ni "ni anak makcik, bukan adik"..nampak tak betapa sayangnya sepupu Chn, dekat Chn.Terharu kot bila tau cerita ni.
Chn menetap di rumah sepupu sebulan.

Di Apartment Sepupu Chn, Armanee Condo, Damansara Damai.

Pemandangan Di Waktu Malam

Ada Swimming pool..kawasan di cantik..
Pemandangan waktu petang..
No caption..
Lepas sebulan Chn balik ke kedah.Lepas ja balik ke kedah, Chn pi kem.Jadi Fasilitator dekat Kem Nisa; Genius, di kem D'Fityan.Best sangat kem tu..semua peserta perempuan ja.macam-macam yang Chn belajar masa di kem tu.Selalunya kan Chn ni handle program ja, jadi fasilitator kurang la.Tapi saja la nak isi masa cuti tu dengan perkara yang berfaedah, tu yang Chn join tu.

Lepas dari program tu, Chn stay ja kat rumah tolong-tolong mak menjahit dan sebagainya.Cuti sem masih lagi berbaki  24 hari..Result exam masih lagi dalam proses.Tak sabar nak tengok tapi dalam masa yang sama takut.Buka ja semester ni, Chn dah semester 7 dah.Masih ada lagi 1 semester untuk tamat pengajian.Rasa sekejap saja masa berlalu.Macam kelmarin ja baru masuk Kuin.Dan semester baru ni juga, adakah Chn akan bertambah sibuk??? huhu..jawapannya memang "YA"..nak tahu kenapa Chn bertambah sibuk, nanti Chn story morry lagi ya.

okey, penat dah taip.Maaf la ayat macam-macam.Chn tak pandai bercerita sangat..

 Kem Nisa' Genius, Kem D'Fityan..

Jungle Tracking...Menikmati pandangan Alam..

Nasib kami, jungle tracking selepas hujan..
seluar, baju, kasut penuh dengan selut..
tapi best sangat..
time ni ada peserta sakit, so kami terpasksa tarik di bawak naik atas bukit..

setelah 2 jam merentasi hutan, akhirnya kami terjumpa ni untuk rehat seketika..
Subbhanallah..cantiknya..

ni kawasan air terjun, bersebelahan dengan dewan terbuka..

ni juga..kawasan dia bersih dan terpelihara sangat..

ni modul masterchef junior..Karipap2 Ukhuwah kumpulan Chn..
Alhamdulillah, tak sangka menang dan menambat hati juri..

Hari terakhir mandi-manda..
Ustazah Azlina, Kuin mengajar diorang cara-cara untuk berenang..










Feb 17, 2014

Di takdirkan dia bukan milikku lagi..

 

Hai semua..Apa khabar? harap-harap sihat la yer..Maaf sebab lama menghilang diri dari dunia blog..Bukan Chn nak mehilangkan diri terus tapi dek kekangan masa yang agak padat dan sibuk dengan program, persatuan dan meetingnya..Asalnya semester ni nak berhenti dah dari terlibat dengan persatuan & program..Tapi kesian plak dekat senior-senior yang risik Chn untuk still lagi dengan persatuan & program ni.So, Chn pun kesian la pula dengan diorang yang bersungguh-sungguh mengharapkan tenaga dan khidmat Chn untuk menyumbangkan sesuatu yang bermanfaat kepada mahasiswa/mahasiswi..Itulah sebabnya Chn tak sempat nak update blog..Kadang-kadang tu bila ada masa nak update blog, ada ja halangan yang datang..okey stop pasal ni..Bukan Chn nak story mory pasal ni..hehe..

Tengok kan tajuk entry Chn yang ni.."Di Takdirkan Dia Bukan Milikku Lagi.." fuhh!!! ayat..tajuk entry Chn ni bukan tentang someone else yer..tapi tentang barang kesayangan Chn yang telah hilang di curi orang masa Chn bercuti di Langkawi 25/1/2014..huhu..agak menyedihkan la juga kan..Masa nak bersiap-siap check out dari motel handset Chn hilang di ambil orang..Bayangkanlah malam tu Chn kena attend meeting..Pastu kena reminder semua orang attend meeting..segala no- fon penting semua dalam tu..masa hilang tu air mata asyik bergenang-genang ja kat kelopak mata ni..huhu..Sebelum naik feri nak balik, pinjam handset My Stj, call mak.Bila mak jawab ja terus air mata ni jatuh..tak tahu nak cakap macam mana kat mak..tapi terpaksa juga cakap sebab mak bagi tau adik-adik call nak pesan barang tak boleh..

Chn terpaksa juga melepaskan barang yang Chn sayang dekat orang yang Chn tak kenal dan tahu.Balik ja dari langkawi tu, macam-macam dugaan yang Chn dapat.Allahuakbar..Allah nak uji Chn.Tak pa Chn laluinya dengan penuh kesabaran dan ketabahan.Selepas beberapa hari, Allah bagi kegembiraan kat Chn bila mak Chn cakap beli handset baru la..Chn pun senyum sampai ke telinga bukan main lebar lagi..Yeayy!! dapat handset baru selepas handset lama di curi orang.Now, Chn dah ada handset baru yer.Insyaallah akan ku jaga handset ni dengan sebaik mungkin..

Handset hilang yang tinggal hanyalah cover sebagai kenangan..
New Handset..LENOVO S720..
Suka sangat dengan handset baru ni..Batery tip top..Tahan lama walaupun buka internet..
tak macam handset lama..cepat je low bateri..
Nak tau macam mana handset Chn boleh hilang..meh baca entry kawan baik Chn.dia rajin buat entry..Chn malas sikit sebab dia dah tulis..hehe..

Holiday Langkawi Part 1
Holiday Langkawi Part 2
Holiday Langkawi Part 3 (Part Handset Hilang)


p/s : maaf ayat tunggang-terbalik sikit sebab time taip entry ni dok pening dengan xsiment..









Jan 11, 2014

Mini GA Bookmark Limited Edition By Emas Putih


Hadiah :
Top Referral - Cash RM50
3 x Perfume Gred AAA bernilai RM50
100 Penyertaan Terawal Confirm Dapat Bookmark.
Selebihnya akan di random.