Aug 2, 2014

Sibuk lagi???

 
Hai semua...apa khabar? Sebelum Chn memulakan cerita panjang lebar Chn, eloklah Chn mengucapkan "Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Zahir" dahulu buat warga blogger yang mengenali Chn sama ada secara langsung mahupun tidak.Lama kan Chn tak update blog.Last update pun pada 18 Jun 2014.Agak lama la juga kan.

Kalau korang perasan kan, asal Chn update blog ja mesti Chn akan bagi tau yang lama dah blog Chn ni dipenuhi sawang-sawang.Bukan setakat sawang-sawang ja, habuk-habuk dan debu-debu pun makin bertambah.Chn minta maaf yer.Bukan sengaja biarkan blog ni sepi tapi serius Chn tak sempat nak belek-belek blog ni sekarang.Kekadang ja bila terasa nak tengok blog, Chn akan tengok. Tambah-tambah sekarang ni tanggungjawab Chn terasa berat sangat..

Banyak sangat yang perlu Chn fikirkan dan laksanakan.Chn sekarang ni terlibat 100% dengan persatuan Kuliyyah dan jawatan yang di taklifkan kepada Chn amatlah penting.Semua benda dan kerja Chn kena fikirkan dan uruskan.Kalau leka sedikit saja, habis anak-anak buah tak tahu apa.Jadual harian pun padat sedikit dengan kelas-kelas lagi. Tambah pula, sem ni jam kredit Chn banyak sedikit.So kena strunggle dan kuat.

okeylah, dah tak tahu nak menaip apa lagi..nanti bila-bila free Chn update lagi ya..doakan Chn tabah dan kuat untuk menempuh hari-hari yang mendatang okey..

Nasihat untuk Diri Chn..Jangan cakap kita kuat. Kalau ujian yang disapa Tuhan pun masih lemah longlai untuk kita terima.








2 comments:

  1. slamat hri Raya.. :D Semoga trus sukses.. :D

    Jom join Team Blogger SupportPalestin
    http://duniakita94.blogspot.com/2014/08/segmenteam-blogger-support-gaza.html

    ReplyDelete